Institute of Malaysian and International Studies

INSTITUTE OF MALAYSIAN AND INTERNATIONAL STUDIES

TESIS/MANUSKRIP KE BUKU & ARTIKEL KE JURNAL
 
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Akademik IKMAS 2019 (Tesis/Manuskrip Ke Buku & Artikel Jurnal). Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan berkualiti dalam penghasilan penulisan ilmiah dan cara-cara untuk memindahkan tesis kepada buku serta artikel ke jurnal berimpak tinggi.
 
Maklumat Bengkel
 
TARIKH : 10 – 11 September 2019 ( Selasa & Rabu)
TEMPAT : Bilik Mesyuarat LESTARI 2, Universiti Kebangsaan Malaysia
MASA : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Penceramah
1. Prof.Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong
2. Prof. Abdul Halim Ali
Pengisian Program
 

 Pengenalan penulisan tesis ke buku
 Keperluan dan peranan penulisan ilmiah
 Cabaran dalam penerbitan buku
 Kaedah mengubah tesis/manuskrip kepada buku dan artikel ke jurnal

 Contoh tesis ke buku
 Penyediaan artikel
 Pemilihan jurnal untuk penerbitan
 Latihan hands-on dan pembentangan peserta

Pendaftaran
 

• Terhad hanya 20 penyertaan yang sahaja

• Yuran penyertaan adalah seperti berikut;

RM150.00 (Kategori tesis/manuskrip ke buku)
RM100.00 (Kategori artikel ke jurnal)
RM 50.00 ( Peserta biasa/pemerhati/walk in)

• Pembayaran yuran hendaklah dibuat ke akaun CIMB Bank 8001281369 atas nama Persatuan Sains Sosial Malaysia

(Sila email bukti bayaran beserta maklumat pendaftaran kepada nazlie@ukm.edu.my atau fadzilla.yusoff@ukm.edu.my )

Prosedur Penyertaan
 
a. Abstrak (bagi tesis/manuskrip) atau artikel (dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu) mestilah karya yang asli
b. Hanya tesis yang telah siap atau telah lulus viva sahaja diterima.
c. Kategori ; 1. Tesis/manuskrip ke buku : abstrak (200 patah perkataan)
2. Artikel ke jurnal : artikel (6000-8000 patah perkataan)
d. Tarikh akhir penghantaran bagi abstrak dan artikel adalah pada 15 Ogos 2019 bagi tujuan penilaian oleh pihak urusetia
e. Abstrak atau artikel perlu dihantar ke alamat email nazlie@ukm.edu.my
Keperluan Penyertaan
 
 Peserta perlu membawa tesis/manuskrip dan artikel (hardcopy dan soft copy) dan komputer riba peribadi
 Peserta juga digalakkan membawa pendrive dan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian