Institute of Malaysian and International Studies

INSTITUTE OF MALAYSIAN AND INTERNATIONAL STUDIES

Tarikh:        19 Mac 2019
Masa:         7.30 pm – 10.30 pm
Tempat:      Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Johor

Ucaptama Naratif Malaysia oleh YABhg Tun Daim Zainuddin. Sila klik di sini

 

Abstrak

Mengambil iktibar daripada beberapa buah negara membangun lain yang mengalami proses pendemokrasian – sebagaimana yang sedang dilalui oleh Malaysia kini – wujud keperluan untuk mengolah citra kebangsaan yang lebih inklusif dengan mengetengahkan teras kebudayaan Melayu yang progresif dan anjal, agar tidak terperangkap dalam politik komunal yang sempit. Usaha ini adalah penting bagi menangani banyak persoalan nasional yang tidak pernah terselesai sejak Kemerdekaan. Malah, kecamukan persoalan nasional ini semakin serius dalam situasi negara yang sedang merundingkan kembali peranannya dalam pembangunan bangsa dan negara. Oleh yang demikian, adalah penting agar persoalan ini ditangani secara menyeluruh.

Sebagai usaha mula kepada hasrat ini, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) dengan Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor serta kerajasama dengan Pejabat Menteri Besar Negeri Johor telah memulakan insiatif untuk membahaskan kembali letak duduk Melayu dalam agenda pembangunan Malaysia baharu ini.

Seminar Naratif Malaysia ini berhasrat untuk membangunkan kembali naratif kemelayuan yang memberdaya, inklusif dan progresif sebagai suatu naratif balas terhadap naratif Melayu sedia ada selama ini yang sarat politik ethno-nasionalisme sempit yang hanya merugikan orang Melayu serta Malaysia secara keseluruhannya. Meskipun fakta sejarah bahawa Melayu adalah kaum teras di Malaysia bukanlah suatu pertikaian, namun begitu, naratif komunal selama ini, hanya menyudutkan kaum Melayu dalam perspektif yang tidak mampu untuk menghadapi dunia persaingan, seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi – sehingga mewujudkan pula rasa ketakutan dan kekerdilan dalam diri sebahagian orang Melayu yang dengan mudahnya terpancing dengan politik etno-nasionalisme sempit.

Sehubungan dengan itu, tema utama daripada keseluruhan Siri Seminar Naratif Malaysia ini adalah untuk memaparkan betapa kebudayaan Melayu, pada hakikatnya, berupaya untuk berdepan dengan keterbukaan dunia, selain terus mempertahankan kebitaraan identitinya. Oleh itu, siri seminar ini akan menampilkan beberapa pembentang — yang terdiri daripada ahli akademik, pemikir, budayawan, penulis dan seniman — menerusi empat tema utama; politik, ekonomi, budaya dan agama. Siri seminar yang akan diadakan dalam empat siri ini akan diadakan pada tarikh-tarikh tertentu pada tahun ini yang akan diumumkan daripada masa ke semasa.

Pelancaran Siri Seminar Naratif Malaysia ini akan diadakan pada ketatapan berikut dan IKMAS berbesar hati atas kehadiran YBhg. Tun Daim Zainuddin ke majlis ini untuk memberikan ucaptama dalam Siri Seminar ini. Begitu juga dengan YAB Dato’ Haji Osman Sapian yang sudi merasmikan acara ini.

Masa

Aturcara

07.30 pm

Pendaftaran

08.30 pm

Ketibaan YABhg Tun Abdul Daim bin Zainuddin

08.35 pm

Ketibaan YAB Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian

08.40 pm

Bacaan doa

08.45 pm

Ucapan alu-aluan
YB Tuan Sheikh ’Umar Bagharib Bin Ali
Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif, Negeri Johor


Ucapan Perasmian
YAB Dato’ Haji Osman Bin Sapian
Menteri Besar Johor


Ucaptama Naratif Malaysia
YABhg. Tun Daim bin Zainuddin
Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan

10.00 pm

Sesi penyampaian cenderahati & bergambar