Maklumat Pengajian

 

Pengenalan

Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) adalah sebuah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan kajian berkaitan Asia Barat dan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007.  

Kini IKRAB telah menawarkan program siswazah penyelidikan di peringkat Sarjana dan PhD yang melibatkan kajian berkenaan rantau Asia Barat dalam bidang-bidang berikut:

  • Sejarah dan Peradaban
  • Politik dan Hubungan Antarabangsa
  • Pembangunan Ekonomi
  • Sains dan Teknologi

 

Syarat Kemasukan

Ijazah Sarjana


  • Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; atau
  • Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.50 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.


Ijazah Doktor Falsafah

  • Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM


Keperluan Bahasa


Bagi calon dari luar negara, keperluan bagi Bahasa Inggeris ialah lulus TOEFL (minimum 550) atau IELTS (minimum band 5)

Para Pelajar yang boleh menulis tesis di dalam bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.


Jenis Pengajian

Pengajian Sarjana dan PhD dilakukan dalam bentuk penyelidikan.


Pengurniaan Ijazah

Ijazah diberikan kepada calon yang berjaya berdasarkan:

  • Syarat yang ditetapkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah Universiti.
  • Syarat yang ditetapkan oleh IKRAB.
  • Diperakui supaya diberi ijazah berkenaan oleh Lembaga Pemeriksa Siswazah dan diluluskan oleh Senat.
  • Menjelaskan segala bayaran yang telah ditetapkan.

 

Tempoh Pengajian

Program Sepenuh Masa Separuh Masa
Sarjana 3-6 semester 4-8 semester
Doktor Falsafah 6-10 semester 8-12 semester

 

Bagaimana Untuk Memohon?

Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di www.ukm.my/application/pps. Borang permohonan juga boleh diperolehi dari Pusat Pengurusan Siswazah. Permohonan juga boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman berikut www.ukm.my/pps. Borang yang telah lengkap beserta dokumen sijil yang berkaitan boleh dihantar kepada:

Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


Dokumen yang diperlukan perlu dihantar dalam dua salinan. Setiap permohonan mestilah disertakan yuran proses permohonan sebanyak RM20.00 bagi warganegara Malaysian (USD 30.00) atau RM100.00 bagi bukan warganegara Malaysia. Bayaran hendaklah dibuat secara Kiriman Wang Pos/Bank Draf dan dibayar atas nama Bendahari UKM no akaun 1218-0005004-05-8 (CIMB Bank Berhad) (swift code=BCBMMYKL)

Tel : 603-8921 5338/4515/4516
Fax: 603-89252699
E-mail:  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya , Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Anda boleh muat turun brosur di sini

 

 


 

Versi Mobile | Ikuti Kami