Hasil Pembelajaran Program Sarjana
IKRAB menetapkan beberapa hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh siswazah Sarjana iaitu untuk melahirkan graduan yang mampu:
- Menguasai dan mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam bidang kajian Asia Barat;
- Menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap Sarjana Muda dan membangun atau mengguna idea dalam konteks penyelidikan;
- Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang pengajian dengan mengambil kira situasi semasa dan konteks multidisiplin;
- Mendemonstrasikan pengetahuan, rumusan dan rasionalnya kepada pakar dan masyarakat umum;
- Menilai dan membuat keputusan secara sistematik serta bertanggungjawab dari segi sosial, akhlak dan etika;
- Memimpin, mentadbir dan bekerja dalam satu pasukan dengan efektif.






