Panduan Kepada Penyumbang


SKOP

Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) diterbitkan tiga kali setahun oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan utama jurnal ini ialah menerbitkan hasil penyelidikan yang diselenggarakan sarjana dan penyelidik dalam bidang pengajian Melayu, termasuk aspek sains dan teknologi, bahasa dan linguistik, sastera lama dan baru, sejarah, habitat manusia dan alam sekitar, budaya dan falsafah di alam Melayu.

MANUSKRIP

Manuskrip dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain. Ia harus ditaip langkau dua baris dengan ruang besar di kedua-dua tepi untuk memudahkan dimasukkan ulasan daripada penilai. Pada halaman pertama manuskrip harus dinyatakan tajuk, nama pengarang, alamat surat menyurat dengan pos kod, alamat e-mail dan jawatan yang dipegang. Semasa manuskrip itu dalam proses penerbitan, penulis bertanggungjawab memaklumkan editor tentang perubahan alamatnya. Editor berhak untuk menyunting manuskrip yang difikirkan wajar. Makalah hendaklah di e-melkan kepada:

Ketua Editor Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman)
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor D.E., Malaysia
Fax: 03-89254698
E-mail: mnasrin@ukm.edu.my

 

ABSTRAK

Sediakan abstrak sepanjang 100-200 patah perkataan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

KATA KUNCI

Sediakan sebanyak 5 hingga 10 patah kata kunci.

NOTA

Nota kaki tidak digalakkan. Andainya diperlukan, gunakannya seminimum yang mungkin dan meletakkannya sebagai nota hujung di akhir karya, dengan dituliskan angka kesemuanya secara sistematik.

RUJUKAN

Semua rujukan mesti diletakkan di akhir karya menurut susunan berabjad. Rujukan kepada pengarang yang sama disusun mengikut kronologi.
Rujukan kepada rencana dalam jurnal harus mempunyai nama pengarang, initial, tahun penerbitan, judul lengkap rencana, judul jurnal berhuruf condong, bilangan jilid, bilangan isu dan halaman awal serta akhir rencana itu. Lihat contoh:
Winzeler, R.L. 1983. The study of Malay magic. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 39(4): 435-458.
Rujukan kepada buku harus mempunyai nama pengarang, initial, tahun penerbitan, judul penuh berhuruf condong, tempat penerbitan, nama penerbit. Lihat contoh:
Pringle, R. 1970. Rajahs and Rebels. London: MacMillan.
Rujukan kepada bab dalam buku harus mempunyai nama pengarang, initial, tahun penerbitan, tajuk lengkap bab yang dirujuk, nama editor, judul penuh buku dalam huruf condong, halaman pertama dan akhir daripada bab yang dirujuk, tempat penerbitan, dan nama penerbit. Lihat contohnya:
Wong Soak Koon. 1996. Jean Rhys’ Wide Sarggasso Sea: Colonial Interrogations of Bildungsroman. In Fadillah Merican et al. (pnyt.) A view of Our Own: Ethnocentric Perspectives in Literature: International Literature Conference in Conjunction with 10 Anniversary of Fakulti Pengajian Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 77-90. Bangi: Fakulti Pengajian Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pastikan semua bahan rujukan dalam teks ada catatannya dalam Rujukan.

LAMPIRAN

Contoh, soal selidik, nota teknikal, peta, gambar, rajah, ilustrasi, daftar dan semua keterangan yang lain yang penting harus dinyatakan dalam Lampiran. Setiap lampiran itu harus diberikan judul yang boleh dirujuk dalam teks.

PEWASITAN

Semua manuskrip yang diterima akan diwasit sidang editor dan sekurang-kurangnya seorang penilai bebas. Keputusan untuk menerbitkannya bergantung kepada penilaian yang kami terima daripada mereka.

OFF PRINT

Setiap pengarang akan dibekalkan satu naskhah Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman)  dan manuskrip yang telah diterbitkan dalam format PDF yang akan di hantar melalui e-mail. Semua ini akan diuruskan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.