Penyelidik IMEN Terbit Makalah di NATURE MATERIALS

27 Ogos 2019 – Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Abdul Rahman Mohamd baru-baru ini menjadi individu pertama dari negara ini yang berjaya menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal tersohor ‘Nature Materials’.

Penerbitan makalah bertajuk ‘ Ultrahigh-Current-Density Niobium Disulphide Catalysts For Hidrogen Evolution’ itu menempatkan beliau sebaris dengan penyelidik-penyelidik terbaik di peringkat antarabangsa.

Abdul Rahman berkata, penerbitan penyelidikan itu berkisar mengenai industri tenaga hijau yang berpotensi mengurangkan kos penghasilan teknologi berkenaan.

“Hasil penyelidikan mendapati penggunaan hidrogen mampu mengurangkan 100 kali ganda kos teknologi tenaga hijau berbanding penggunaan platinum.

“Saya mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan bantuan beberapa penyelidik dari institusi luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. –

Sumber UTUSAN ONLINE https://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyelidik-ukm-terbit-makalah-penyelidikan-dalam-8216-nature-material-8217-1.961090