NOTIS SEBUT HARGA PERALATAN HIGH-SPEED CAMERA DAN HIGH POWER METALLURGICAL MICROSCOPE WITH MICROSCOPY CAMERA & ANALYSIS SOFTWARE

14 Jan 2020 – Sebut Harga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 060501  bagi MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI TAULIAH PERALATAN “HIGH-SPEED CAMERA” DAN “HIGH POWER METALLURGICAL MICROSCOPE WITH MICROSCOPY CAMERA & ANALYSIS SOFTWARE” DI INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM

Tarikh Tutup : 21 Januari 2020 (Selasa)

Masa : 12 tengahari

Tempat : Peti Sebutharga, Bahagian Kutipan Hasil, Aras 1, Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, UKM

 

  • Sebut Harga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 060501 bagi MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI TAULIAH PERALATAN “HIGH-SPEED CAMERA” DAN “HIGH POWER METALLURGICAL MICROSCOPE WITH MICROSCOPY CAMERA & ANALYSIS SOFTWARE” DI INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM. Universiti tidak terikat untuk menerima mana-mana Sebut Harga.
  • Bayaran sebanyak 00 hendaklah dibuat di kaunter Bahagian Kutipan Hasil, Aras 1, Jabatan Bendahari, bangunan canselori, UKM. Bayaran adalah dalam bentuk debit kad/kad kredit/bank draf/kiriwan wang (money order) / wang pos dibayar atas nama Bendahari UKM. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima
  • Dokumen Sebut Harga boleh didapati pada waktu pejabat dari jam 8.15 pagi – 12.30 tengahari & 2.30 hingga 4.30 petang (Isnin-Khamis), & 8.15 pagi – 12.00 tengahari & 3.00 petang – 4.30 petang (Jumaat) di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik, Aras 4, Kompleks Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Dokumen Sebut Harga akan dijual dalam bentuk salinan lembut ( softcopy). Sila bawa bersama pemacu pena (pendrive).
  • Sila kemukakan Satu Set Salinan Fotostat Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di atas dan Sijil Taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Jabatan sewaktu mengambil Dokumen Sebut Harga.