Thursday, February 23, 2012
   
Text Size
first
  
last
  

Info Terkini

E-mel Palsu (Phishing Mail) 08/08/11

E-mel Palsu (Phishing Mail)

Waspada dengan e-mel palsu yang diterima bertajuk “ACTIVE mengesahkan akaun anda”.Sila abai atau hapus e-mel seumpama ini yang meminta maklumat username dan password e-mel. Jangan beri sebarang maklumat peribadi anda melalui e-mel dengan mudah.

Rujuk contoh yang dilampirkan, sila klik.

(ewarga/bul/bil.08082011-35)

Gangguan Capaian Webmail UKM

"GANGGUAN CAPAIAN WEBMAIL UKM "

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa server Webmail UKM sedang dalam penyelenggaraan di atas sebab pengemaskinian perisian ke versi baru bermula hari ini (22 Jun 2011). Sehubungan itu, capaian ke Webmail akan menghadapi gangguan untuk sementara waktu.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Amaran Emel Phising

Waspada dengan emel palsu yang diedarkan. Sila abaikan atau hapuskan emel seumpama ini yang meminta maklumat emel pengguna. Jangan berikan sebarang maklumat, emel ini adalah satu penipuan. Sekiranya ada yang telah membalas emel tersebut dengan menyertakan password emel UKM, sila hubungi pentadbir emel (Rujuk pentadbir emel di mana emel didaftarkan).

    Rujuk Lampiran untuk melihat contoh emel berkenaan.

    Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Peringatan : E-mel Penipuan (Phishing mail)

Sekiranya ada menerima satu e-mel bertajuk Bank Negara Malaysia Customer Service (seperti keratan di bawah), sila abaikan e-mel tersebut. E-mel tersebut adalah 'phishing mail'. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi anda. Ini adalah satu penipuan.

Sila rujuk pentadbir e-mel di mana e-mel didaftarkan.

Sir/Madam 

As a part of 1Malaysia 1System, BNM is now collected all information from all user from bank user to make sure all database is up-to-date.

Please click the link below and fill all information;

https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHJaVXBpS3R2X2NMZXU1MUJwZWtDNEE6MA

Best regards,

BNM

E-mel Penipuan (Phishing mail)

E-mel Penipuan (Phishing mail)

Peringatan kepada semua warga UKM. Sila abaikan e-mel seperti di bawah. Ianya adalah e-mel penipuan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

" Dear pelanggan

Mesej ini dari kami Pusat Mesej Webmail untuk semua akaun kami sedang owners.We upgrade database kami dan pusat e-mel. Kami tidak terpakai memadam semua account webmail untuk mencipta lebih banyak ruangan untuk akaun baru. Untuk memastikan bahawa anda tidak mengalami gangguan perkhidmatan selama tempoh ini, anda akan perlu untuk mengesahkan butiran akaun webmail anda melalui berikut:

E-mel Palsu (Phishing Mail) Nov 2011

Waspada dengan e-mel palsu yang diterima bertajuk “ Access has been suspended”. Sila abai atau hapus e-mel seumpama ini yang meminta anda untuk klik ke link yang diberikan. Jangan beri sebarang maklumat peribadi anda melalui e-mel dan laman web tersebut dengan mudah.

(Rujuk contoh yang dilampirkan)

Sistem Permohonan E-mel Kakitangan (SPeK)

Permohonan E-mel Kakitangan (SPeK)

Pengumuman kepada warga UKM di kampus Bangi Sahaja. Pusat Teknologi Maklumat (PTM Bangi) telah menaiktaraf cara permohonan e-mel kakitangan UKM daripada borang kepada sistem online. Sila layari Sistem Permohonan E-mel Kakitangan (SPeK) di http://www.ukm.my/daftarmel untuk permohonan baru.

Carian @PTM

Perkhidmatan

Aduan & Maklum Balas Pelanggan

Semua pelanggan PTM boleh membuat Aduan Kerosakan ICT atau Permohonan Perkhidmatan ICT melalui Sistem Pelaporan Kerosakan ICT

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Terhadap Produk / Perkhidmatan

UKM Survey

PTM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online dalam usaha menambahbaik perkhidmatan.