Kaedah Label & Susun Emel Masuk Secara Automatik

stafmailsiswamail

 

 

email-filters

Tidak lama lagi akan tiba musim cuti sekolah dimana kakitangan juga ramai yang akan bercuti panjang. Masalah yang sering dihadapi selepas bercuti panjang ialah terlalu banyak emel masuk ke Inbox sehingga ada yang terlepas pandang untuk dibaca atau diambil tindakan. Ada juga emel yang tidak berapa penting untuk dibaca segera seperti forum atau newsfeed tetapi masih ingin dibaca.

Jangan bimbang kerana Staf Mail / Siswa Mail ada penyelesaiannya. Bagi memudahkan anda menguruskan emel yang masuk dengan sistematik, Staf Mail / Siswa Mail menyediakan kemudahan pengasingan secara label dan susun (Filters) secara automatik. Dengan menggunakan kaedah ini, emel boleh dipindahkan secara automatik ke Label, Archive, Delete, Star, dan boleh juga di Tag sebagai Spam.

Kaedah filter ini juga sesuai digunakan jika anda ingin mengasingkan dan menyimpan rekod permohonan yang diterima melalui emel sebagai arkib.

Jika anda juga menggunakan client mail seperti MS Outlook dan Mozilla Thunderbird di komputer, setiap folder atau filter yang dibina di Staf Mail / Siswa Mail turut diwujudkan di perisian tersebut. Tidak perlu set semula untuk filter yang sama.

Klik disini untuk mendapatkan langkah-langkah yang lebih terperinci.