Kemudahan Pemulihan Katalaluan (Password Recovery)

Berita baik untuk penggguna emel ukm.edu.my / Google Apps. Pihak google telah menyediakan kemudahan self-service password recovery untuk pengguna ukm.edu.my. Kini pengguna tidak perlu hubungi pentadbir emel jika terlupa katalaluan. Pengguna sendiri boleh set semula katalaluan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Rujuk Manual Lupa Katalaluan Emel. pdf-icon

 

Tips untuk membina kata laluan yang selamat:

  • Masukkan tanda baca dan / atau nombor.
  • Gabungan huruf besar dan huruf kecil.
  • Menggantikan huruf atau nombor yang seakan sama seperti nombor sifar bagi huruf ‘O’ atau ‘$’ bagi huruf ‘S’.
  • Buat singkatan yang unik.
  • Gantikan perkataan yang bunyinya seakan sama seperti ‘Luv 2 Laf’ untuk ‘Love to Laugh.