Soalan Lazim

EMEL @UKM.EDU.MY

S1 : Saya tidak pernah membuat permohonan pertukaran emel lama @ukm.my ke emel baru @ukm.edu.my sebelum ini. Apakah yang perlu saya lakukan?
J1 : Emel baru anda @ukm.edu.my telah diwujudkan secara automatik. Login ke dalam http://www.ukm.my/spek. dan klik menu SEMAKAN untuk mendapatkan alamat emel baru @ukm.edu.my dan katalaluan sementara.

S2 : Bagaimana ingin mendapatkan katalaluan bagi emel baru @ukm.edu.my?
J2 : Login ke dalam Sistem Permohonan Emel Kakitangan url: http://www.ukm.my/spek. Klik menu SEMAKAN.

S3 : Bagaimana ingin capai emel baru @ukm.edu.my
J3 :
i. Akses http://mail.ukm.edu.my atau http://mail.google.com. Login menggunakan alamat emel penuh cth : xyz@ukm.edu.my.
ii. Jika pertama kali login, pengguna perlu masukkan katataluan sementara yang boleh disemak di http://www.ukm.my/spek.

S4 : Apa yang perlu dilakukan bagi pengguna yang pertama kali login ke emel baru?
J4 :
i. Pengguna perlu login seperti di Jawapan 3 (J3)
ii. Klik ” I accept. Continue to my account “.
iii. Tukar katalaluan kepada katalaluan baru sebanyak 2 kali. Katalaluan perlu sekurang-kurangnya 8 aksara.

S5 : Bagaimana ingin mendapatkan emel lama @ukm.my?
J5 :
i. Emel lama boleh diperolehi dari http://webmail.ukm.my sehingga 15 Jun 2014.
ii. Jika pengguna menggunakan client mail seperti Mozilla Thunderbird, Microsoft Outlook atau Eudora, emel lama masih tersimpan di dalam komputer.

S6 : Bagaimana ingin setup emel baru @ukm.edu.my di mobile / Microsoft Outlook / Mozilla Thunderbird?
J6 : Rujuk manual pengguna yang telah disediakan di laman web http://www.ukm.my/infomail.

S7 : Saya terlupa katalaluan emel @ukm.edu.my
J7 : Rujuk manual pengguna http://www.ukm.my/infomail/lupa-katalaluan/

S8 : Adakah saya masih boleh terima emel jika pengirim menghantar ke alamat emel lama (@ukm.my)?
J8 : Ya, emel yang dihantar ke alamat emel lama (@ukm.my) akan dilencongkan (redirect) ke alamat emel baru (@ukm.edu.my) tetapi dengan syarat ID emel lama mesti sama dengan ID emel baru. (contoh: ID emel lama xyz@ukm.my bersamaan xyz@ukm.edu.my).

S9 : Mengapa page Gmail dipaparkan apabila saya akses ke http://mail.ukm.edu.my?
J9 : Jangan panik, ia adalah sahih. Emel baru (@ukm.edu.my) menggunakan aplikasi google. Oleh itu, ia juga boleh diakses terus melalui Gmail.

S10 : Apabila akses ke http://mail.ukm.edu.my, ia terus masuk ke akaun gmail saya. Bagaimana cara untuk akses ke akaun @ukm.edu.my saya?
J10 : Dapatkan butang Add account untuk tambah akaun @ukm.edu.my. Kemudian login seperti di Jawapan 3 (J3).
i. Klik icon disebelah atas penjuru kanan ; ATAU

login-gmail

ii. Jika dipaparkan untuk pilih akaun, Klik Add account.

login-gmail2

S11 : Saya ada memohon untuk emel baru atas nama xxx@ukm.edu.my tapi tidak boleh kerana alasan sudah digunakan. Padahal emel saya yang lama adalah xxx@eng.ukm.my. Jadi bolehkah saya nak tukar emel yang baru itu kepada nama emel lama saya iaitu xxx@ukm.edu.my agar lebih seragam?
J11 : xxx@ukm.edu.my telah digunakan oleh pengguna lain. Ada staff lain yang telah lama menggunakan xxx@ukm.my.

Perpindahan akaun emel hanya melibatkan akaun pengguna @ukm.my sahaja. tidak melibatkan domain lain iaitu @eng.ukm.my / @ptm.ukm.my / @eoc.ukm.my / @ftsm.ukm.my / @medic.ukm.my dll. Namun jika pengguna domain lain ingin memohon emel baru perlu menggunakan id lain.

BAHAGIAN E-MEL

S1 ‹ Bagaimana untuk memohon E-mel bagi kakitangan baru?
Sila layari laman web http://www.ukm.my/spek.

S2 ‹ Kenapa orang lain boleh menerima E-mel dari saya, tetapi saya tidak menghantarnya?
Kemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus/worm yang boleh menghantar E-mel simpanan anda ke alamat E-mel yang ditemui di dalam buku alamat.

S3 ‹ Saya menerima E-mel dari orang yang tidak dikenali, perlukah saya membuang (delete) E-mel tersebut?
Anda perlu berhati-hati untuk membaca E-mel samada dari orang yang dikenali atau tidak dikenali. Sekiranya anda mengesyaki E-mel yang diterima mengandungi virus terus buang dari komputer/folder dan trash anda.

S4 ‹ Saya menerima banyak E-mel pada satu masa dari orang yang sama dengan kandungan/fail lampiran yang tiada kaitan dengan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

Tindakan yang perlu diambil ialah :

  1. Sekiranya anda mengenali pengirim E-mel tersebut, hubungi beliau untuk memastikan E-mel yang banyak itu memang dihantar oleh pengirim kepada anda. Sekiranya beliau tidak menghantarnya, kemungkinan besar komputer pengirim E-mel tersebut dijangkiti virus.
  2. Anda harus terus buang (delete) E-mel tersebut.
  3. Anda perlu kemaskini (update) anti-virus definition file dan scankomputer anda.

S5 ‹ Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari terkena virus menerusi E-mel?

Tindakan yang perlu diambil ialah :

  1. Pastikan perisian anti-virus anda mempunyai Definition‘ yang terbaru supaya mudah untuk ia mengesan virus yang ada di dalam E-mel.
  2. Elakkan dari membuka/membaca E-mel yang diterima daripada orang yang tidak dikenali berkenaan perkara yang meragukan terutamanya yang mengandungi fail lampiran.
  3. Jangan buka terus fail lampiran yang diterima. Pindahkan fail lampiran ke dalam komputer, scan fail itu menggunakan perisian anti-virus anda.
  4. Terus buang (delete) E-mel tersebut dari folder anda dan dari folder TRASH.
  5. Pastikan anda scan komputer anda sekurang-kurangnya sehari sekali.