Keputusan Kerajaan Malaysia mengenai penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti organisasi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2013 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013.

Mesyuarat LPU Bil.5/2013 bertarikh 5 September 2013 bersetuju mewujudkan Unit Integriti yang diletakkan di bawah Naib Canselor (Canselori) dan mengemukakan laporan berkala kepada LPU. Mesyuarat LPU yang sama juga melantik seorang ahli LPU iaitu YBhg. Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Universiti.

Mulai 7 Mei 2014, MPU Bil.6/2014 bersetuju Unit Integriti distruktur semula dan dijadikan entiti di bawah Pejabat Penasihat Undang-Undang dan dikenali sebagai Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti.

Mesyuarat LPU Bil.2/2015 bertarikh 11 Jun 2015 bersetuju bahawa pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Integriti sepertimana keputusan dalam Mesyuarat LPU Bil.5/2013 tidak perlu dilaksanakan lagi bersesuaian dengan Unit Integriti sebagai entiti di bawah Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti.

Mesyuarat LPU Bil.4/2018 bertarikh 19 April 2018 bersetuju untuk memisahkan Unit Integriti dari Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti dan ditempatkan di bawah Pejabat Naib Canselor (Canselori) berkuatkuasa mulai 10 April 2018. Keputusan ini adalah bagi memperkukuhkan tadbir urus Unit Integriti agar ia bebas (independent) dan mengelakkan isu percanggahan kepentingan (conflict of interest), sepertimana saranan oleh Bahagian Governans IPTA, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia menerusi Mesyuarat Sesi Perbincangan Mengenai Isu-Isu Integriti dan Tadbir Urus Universiti Awam pada 10 April 2018.

Mesyuarat LPU Bil.1/2019 bertarikh 17 Januari 2019 bersetuju Unit Integriti diberi autonomi untuk melapor terus kepada LPU sebagaimana struktur Unit Audit Dalam. Keputusan ini mengambilkira aduan salahlaku dan integriti dapat dipertingkatkan ketulusannya serta bebas dari campur tangan atau pengaruh mana-mana pihak berkepentingan termasuk Naib Canselor dan pengurusan tertinggi Universiti.

Mesyuarat LPU Bil.4/2021 bertarikh 6 Mei 2021 dan kelulusan Mesyuarat MJPU Bil.3.2021 bertarikh 16 Februari 2021 telah bersetuju dengan penjenamaan semula Unit Integriti kepada Unit Integriti & Ombudsman UKM. Penjenamaan ini selaras dengan pelantikan dan pelaksanaan ombudsman di UKM.

Mesyuarat LPU Bil.3/2022 bertarikh 26 Mei 2022 telah bersetuju dengan penstrukturan semula kedudukan Unit Integriti & Ombudsman UKM untuk melapor terus kepada Naib Canselor bagi memastikan ia bebas serta mengelakkan isu percanggahan kepentingan, dan mengambil kira tanggungjawab statutori Naib Canselor sepertimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan UKM 2021.