Jualan Amal Pelekat Kenderaan Eksklusif
“Saya Warga UKM Berintegriti”

Warga UKM yang dihormati, Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk memiliki pelekat kenderaan eksklusif “Saya Warga UKM Berintegriti”. Anda beli sambil beramal kerana setiap RM1.00 daripada setiap pelekat yang terjual akan disumbang ke “Tabung Kebajikan Pesakit HCTM”.
  1. RM10.00 (sepuluh ringgit sahaja) setiap satu pelekat.
  2. Saiz: 407mm (W) x 64 mm (H)
  3. Tempoh jualan (pra-tempahan): 27 Ogos 2019 – 9 Sept 2019
  4. Cara-cara pembelian (pra-tempahan):
    i. Membuat bayaran mengikut kuantiti yang ingin dibeli ke akaun berikut:
    Bank: CIMB Bank Berhad
    Nama: Universiti Kebangsaan Malaysia
    No. Akaun: 8002 2343 07
    (Sila nyatakan butiran “PELEKAT”)
    ii. Seterusnya, melengkapkan borang tempahan dalam talian di https://forms.gle/4UGwEv8EgBFguiy16 dan muat naik bukti/resit bayaran.
    iii. Pembelian oleh Pusat Tanggungjawab UKM boleh menggunakan kaedah Caj antara Jabatan, sila hubungi urus setia untuk urusan tempahan.
  5. Urus setia akan menghubungi pembeli melalui e-mel selepas tarikh tutup tempahan untuk pemakluman status serta jangkaan tarikh serahan pelekat akan dibuat.
  6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Azlina/En. Rajan ditalian 03-8921 3182/3139 atau e-mel integriti@ukm.edu.my