Institut Perubahan Iklim

 Institute of Climate Change

Objektif

  1. Untuk meletakkan Malaysia dalam dunia politik antarabangsa dalam hal-hal perubahan iklim dan isu yang berkaitannya.
  2. Meningkatkan pengajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang iklim dan perubahan iklim tempatan dan global.
  3. Membina dan meningkatkan kepakaran dan keupayaan universiti dan negara dalam bidang sains iklim dan perubahan iklim, meteorologi, klimatologi, sains atmosfera dan oseanografi, impak dan adaptasi melalui penyelidikan dan keluaran graduan sarjana sains, doktor falsafah dan pasca kedoktoran.
  4. Menjadi institut penyelidikan inter disiplin dan rentas sempadan dalam menjalankan penyelidikan dan mendidik graduan yang terfokus dalam variabiliti iklim, perubahan ekosistem dan interaksi antara manusia dan alam semulajadi.
  5. Menjadi pusat rujukan dalam dan luar negara bagi pengajaran, penyelidikan dan pembangunan teknologi terkini yang berkaitan dengannya.
  6. Menjadi pusat depositori data dan pemantauan untuk semua hal-hal yang berkaitan dengan iklim dan perubahan iklim dan sekali gus berupaya menjana pendapatan melalui penyelidikan, perundingan, advokasi dan perundangan.