Institut Perubahan Iklim

 Institute of Climate Change

Pusat Sains Angkasa (ANGKASA) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003 dengan nama asalnya Institut Sains Angkasa. Pada 16 Disember 2013, ANGKASA telah ditukar menjadi sebuah pusat dan digabungkan bersama-sama IPI, EOC dan IKLIM untuk menjadi entiti di bawah Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia. ANGKASA ditubuhkan sebagai sebuah pusat penyelidikan multidisiplin yang menjalankan pengajaran di peringkat pascasiswazah.

BIDANG PENYELIDIKAN

Sains Angkasa

Astronomi, astrofizik, astrobiologi, kimia angkasa, geologi planet dan kaji cuaca

Teknologi Angkasa

Rekabentuk dan pemasangan sistem bagi komunikasi, kawalan dan pemanduan roket dan kapal angkasa

Aplikasi Teknologi Angkasa

Meliputi bidang kaji cuaca, pengurusan alam sekitar, pengurusan bencana alam dan penggunaan tanah

Governans Angkasa

Undang-undang angkasa dan hubungan antarabangsa berkaitan dengan aktiviti penjelajahan dan penggunaan angkasa

OBJEKTIF

Untuk menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Untuk membangunkan sumber-sumber utama dan infrastruktur untuk penyelidikan, servis dan latihan.
Untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang yang berkaitan angkasa dan aeroangkasa melalui program ijazah, latihan profesional, program penyelidikan dan aktiviti jangkauan.
Untuk membangunkan teknologi angkasa dan keupayaan aeroangkasa melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains angkasa dan kejuruteraan.
Untuk membangunkan kaedah dan pendekatan kepada data angkasa di dalam aplikasi sains angkasa dan teknologi.
Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan industri angkasa dan aeroangkasa dalam usaha untuk membangunkan negara.
Mengambil peranan menyokong program angkasa dan aeroangkasa negara.