Institut Perubahan Iklim

 Institute of Climate Change

Pengenalan

Institut Perubahan Iklim (IPI) ditubuhkan di atas penyatuan dan penggabungan ilmu di bawah tujahan iklim yang melibatkan 4 (empat) entiti berikut iaitu:
• Institut Kajian Perubahan Iklim (IKP)
• Pusat Sains Angkasa (ANGKASA)
• Pusat Pencerapan Bumi (EOC)
• Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika (IKLIM)

Penyatuan bidang ini memberi manfaat berikut:

  1. Memudahkan UKM mengenengahkan ilmu iklim, perubahan iklim dan sains berkaitan kepada negara dengan lebih kukuh dan mantap.
  2. Menjadikan ilmu ini boleh dilihat lebih holistik, merentas sempadan ilmu dan kental
  3. Memudahcara penyelesaian isu semasa yang memerlukan perpaduan ilmu pelbagai bidang
  4. Meningkatkan kemungkinan mendapat dana penyelidikan daripada pelbagai pihak
  5. Memudahkan UKM untuk membantu negara dan menguatkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa terutama peranan dalam Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) dan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC)

YBhg.Prof. Dato’ Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah dilantik sebagai Pengarah IPI yang pertama bermula 2 Disember 2013 sehingga 31 Julai 2018. Kini IPI diterajui oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Nizam Mohd Said.