JURNAL ANTARABANGSA ALAM DAN TAMADUN MELAYU

 

Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa

Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman

ABSTRAK

Dewasa ini, bahasa Melayu di bumi Malaysia dilihat seperti kurang bermaya dan diperkecil oleh bangsa sendiri. Buktinya dapat dilihat apabila Institusi Pengajian Tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebih memartabatkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Oleh yang demikian, timbul beberapa persoalan mengenai nasib bahasa Melayu di bumi sendiri sekiranya institusi yang berpaksikan budaya intelektual juga turut menganaktirikannya. Mampukah bahasa yang pernah menempa kegemilangan pada zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini bersaing di persada antarabangsa? Justeru, makalah ini akan mengupas secara mendalam  dan tuntas mengenai persoalan tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan ini tidak bermaksud untuk menafikan realiti keperluan menguasai ilmu pengetahuan melalui bahasa Inggeris, malah agenda yang perlu diberi penekanan adalah memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Kata kunci: bahasa Melayu, keupayaan bahasa Melayu

Teks Penuh: PDF

Translate »