JURNAL ANTARABANGSA ALAM DAN TAMADUN MELAYU

 

Towards a Cross Cultural Design by Integrating Batik Motifs into the Persian Carpet Design

Mansoureh Rajabi Tanha & Izmer Amad

ABSTRAK

Kertas ini mengkaji potensi untuk menggabungkan motif Batik terhadap struktur reka bentuk permaidani Parsi. Permaidani Parsi adalah sebahagian dari susur-galur “Permaidani Oriental”, iaitu satu tradisi tekstil anyaman tangan yang dihasilkan bukan sahaja untuk melitupi lantai, tetapi juga untuk menghiasi laluan pintu, meja, kerusi dan tingkap. Sementara Batik adalah satu tradisi utama di alam ‘Tekstil Oriental’. Tradisi Batik merujuk kepada kain yang dilukis di atasnya garisan-garisan menggunakan lilin untuk melindungi bahagian kain yang tidak diwarnakan semasa proses celupan warna. Dengan menggunakan metode reka bentuk rentas-budaya, kajian ini bertujuan untuk membina satu  konsep reka bentuk yang menggabungkan motif-motif batik di dalam struktur reka bentuk permaidani Parsi. Analisis bandingan dibuat untuk mendalami dua tradisi ini, mengenal pasti sejarah dan kepentingan mereka sebagai satu titik-tolak untuk menghasilkan reka bentuk permaidani yang merentas budaya yang bermakna dan bermutu.

Kata kunci: motif batik, permaidani Parsi, tekstil anyaman tangan

Teks Penuh: PDF

Translate »