Journal of Contemporary Islamic Law

No e-ISSN: 0127-788X

Keputusan Hakim Syarie dalam Kes-Kes Pengesahan Hibah Mengenai Sighah
Sharia Judges Decission in Hibah Endorsement Cases on Sighah

Nurul Syuhadah Binti Azalan,
Postgraduate Student, Department of Sharia Law, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Lizza Binti Mohamed Said, lizza@ukm.edu.my
Department of Sharia Law, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 22 March 2016 | Accepted: 10 May 2016 | Published: 01 June 2016  

2016, Vol. 1(1), pp. 55-68. | PDF
                                                                                                                                                  

Permohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu ijab dan qabul. Di Mahkamah Syariah, kebiasaannya Hakim-hakim Syarie membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqh tertentu, biarpun terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan fuqaha mengenai hibah termasuk berkaitan dengan isu ijab dan qabul. Keharusan akad hibah tanpa salah satu daripada rukun-rukun hibah menjadi persoalan yang perlu dirungkai. Dalam pada itu, timbul juga persoalan mengenai pemberian bapa kepada anak yang masih kecil, adakah bapa perlu melakukan qabul sekiranya bapa juga merupakan wali kepada penerima hibah. Justeru, artikel ini adalah bertujuan untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Syarie di samping mengetahui kecenderungan penghakiman Hakim-hakim Syarie dalam mengguna pakai pandangan fuqaha bagi menyelesaikan kes-kes pengesahan hibah mengenai isu ijab dan qabul di Mahkamah Syariah. Data-data kajian ini diperoleh daripada laporan-laporan kes di Mahkamah Syariah, perbandingan mazhab dan temubual Hakim-hakim Syarie. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan di kalangan Hakim-hakim Syarie dalam memutuskan kes-kes pengesahan hibah walaupun dalam isu yang sama. Oleh yang demikian, dengan mengetahui kecenderungan keputusan Hakim Syarie dalam memutuskan isu ijab dan qabul, ia  dapat membantu masyarakat dan syarikat-syarikat yang menawarkan produk hibah untuk memastikan hibah yang dibuat boleh diterima di Mahkamah Syariah.

Kata kunci: akad, ijab, qabul, Mahkamah Syariah, qabd

Application of hibah endorsement in the Sharia Court includes the issue of offer and acceptance. At the Sharia Court, the judges usually decided the hibah endorsement cases based on the selected Islamic law books, even though there are various opinions  among the Islamic jurists concerning the hibah, including the issue of offer and acceptance. The issue of permissibility of the contract of hibah without fulfilling one of it’s pillars, needs clarification. Furthemore, there are issues whether the hibah made by a father to his children need also be accomplished by an acceptance of the father whom is also a guardian ad litem to the children. Thus, this article aims to analyses on the preference of judgements made by the Sharia Court’s judges while adjudicating the issue of the offer and acceptance of the contract of hibah at the Sharia Court. The data was collected from relevant reported cases in the Sharia Court, opinion of Islamic school of laws and interviews conducted with the Sharia Court’s judges. The research discovers that the Sharia Court’s judges differ in adjudicating the hibah endorsement cases even though the facts of the cases are similar. Thus, knowing the judges’ preferences in giving judgement in the cases involving offer and acceptance, will assist society and companies that offer hibah products to ensure that their hibah contracts are recognised by the Sharia Court.

Keywords: contract, offer, acceptance, Sharia Court, qabd

RUJUKAN:

Abdul Rahman bin Md Yunos. 2016. Isu-isu Hibah di Mahkamah Syariah. Pahang: Kuantan. Temubual. 20 Januari.

al-cAsqalani, Ahmad bin cAli Bin Hajr. t.th. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Juz. 10. t.tp.: Maktabah al-Salfiyah.

al-Bakri, Abu Bakar cUthman Bin Muhammad Shatta al-Dimyati. 1995. Icanah al-Talibin. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ibn Rushd, Abi al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Rushd al-Andalusi. 2012. Sharh Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Cet. 5. Jil. 4. Kaherah: Dar al-Salam.

Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad. t.th. al-Mughni. Juz.5. Beirut: cAlam al-Kutub.

al-Jaziri, Abd Rahman. 2003. al-Fiqh cala al-Madhahib al-Arbacah. Cet. 2. Jil. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Jurnal Hukum. 2008. Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 26(1):73.

Jurnal Hukum. 2009. Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 27(2):225.

Jurnal Hukum. 2012. Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 35(2):307.

al-Khatib, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad. 2003. al-Iqnac fi Hal Alfaz li Ibn Shujac. Juz. 2. Mesir: al-Maktabah al-Tawfiqiyah.

Mawardi bin Che Man. 2015. Isu-isu Hibah di Mahkamah Syariah. Selangor: Shah Alam. Temubual. 24 Disember.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2011. Hibah dalam Undang-undang Islam: Prinsip dan Amalan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Aziah Mohd Awal. 2003. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia. Selangor: International Law Book Services.

al-Shafici, Abi Qasim Abd Karim bin Muhammad bin Abd Karim al-Rafici al-Qazwini. 1997. Al-cAziz bi Syarh al-Wajiz al-Macruf bi Sharh al-Kabir. Cet.1. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah.

al-Shirazi, Ibn Ishak. 1996. al-Muhadhdhab fi al-Fiqh al-Shafici. Damshiq: Dar al-Qalam.

al-Zuhayli, Muhammad. 1432H/2011. al-Muctamad fi Fiqh Imam al-Shafici. Cet. 3. Jil. 3. Damshiq: Dar al-Qalam.

al-Zuhayli, Wahbah. 1409H/1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Cet.3. Jil. 5. hlm. 7. Damshiq: Dar al-Fikr.

 

39-51
PDF