Journal of Contemporary Islamic Law

No e-ISSN: 0127-788X

2016 1 (2)

30 Disember 2016

Keputusan Hakim Syarie dalam Kes-Kes Pengesahan Hibah Ruqba
Shariah Judges Decision on Cases of Hibah Ruqba Endorsement

Nurul Syuhadah Binti Azalan, nurulsyuhadah20121@gmail.com
Postgraduate Student, Department of Sharia Law, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Lizza Binti Mohamed Said, lizza@ukm.edu.my
Department of Sharia Law, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 21 March 2016 | Accepted: 22 December 2016 | Published: 30 December 2016

2016, Vol. 1(2), pp. 91-102. | PDF

                                                               

Permohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu hibah ruqba. Di Mahkamah Syariah, Hakim-hakim Syarie akan membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqh sedangkan terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan fuqaha mengenai hibah termasuk berkaitan dengan isu hibah ruqba. Konsep hibah ruqba yang berbeza dengan kaedah asal hibah menjadi persoalan yang perlu dirungkai. Timbul juga persoalan adakah hibah ruqba dibolehkan menurut pendapat para fuqaha di samping melihat pengamalan hibah ruqba di Malaysia. Justeru, artikel ini adalah bertujuan untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Syarie di samping mengetahui kecenderungan penghakiman Hakim-hakim Syarie dalam mengguna pakai pandangan fuqaha bagi menyelesaikan kes-kes pengesahan hibah mengenai isu hibah ruqba di Mahkamah Syariah. Data-data kajian ini diperoleh daripada laporan-laporan kes di Mahkamah Syariah, perbandingan mazhab dan temubual Hakim-hakim Syarie. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan daripada Hakim-hakim Syarie dalam menentukan keputusan kes-kes pengesahan hibah mengenai isu hibah ruqba  seperti keputusan yang dibuat oleh Hakim Syarie yang telah meluluskan pengesahan hibah. Oleh yang demikian, dengan mengetahui keputusan Hakim Syarie dalam memutuskan isu hibah ruqba, ia dapat memberi garis panduan kepada masyarakat dan syarikat-syarikat yang menawarkan produk hibah.

Kata kunci: ruqba, Mahkamah Syariah, hibah, Hakim Syarie, keputusan

Application of endorsement of hibah in the Shariah Court includes the issues of hibah ruqba. At the Shariah Court, the Shariah Court’s judges usually decided the cases of endorsement of the hibah based on the Islamic jurisprudence books even though there are various opinions  among the Islamic jurists concerning the hibah, including the issue of ruqba. The difference between hibah ruqba concept and primary method of hibah needs clarification. There are issues of the validity of the ruqba in accordance with Islamic jurists’ opinion and its practice in Malaysia. Thus, this article aims to analyse the judgments made by the Shariah Court’s judges while adjudicating the issue of the hibah ruqba. The data was collected from relevant reported cases in the Shariah Court, opinions from various mazhabs and interviews conducted with the Shariah Court’s judges. The research discovered that the Shariah Court’s judges differed in adjudicating cases of endorsement of hibah ruqba. Therefore, understanding the judges’ decisions in hibah ruqba cases might provide guidelines to society and service providers of hibah products.

Keywords: ruqba, Shariah Court, hibah, Shariah Judges, judgement

References:

Abdul Rahman bin Md. Yunos. 2015. Hibah dari Perspektif Aplikasi Undang-undang Syariah di Malaysia. Prosiding Seminar Hibah dalam Pengurusan Harta Islam, hlm. 156-161.

Ahmad Hidayat Buang. 2006. Pembentukan dan Pentadbiran Harta Amanah Menurut Perspektif Undang-undang Islam. Dlm. Siti Mashitoh Mahamood (pnyt.).  Pentadbiran Harta Orang-orang Islam di Malaysia, hlm. 172. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. 1998. Sahih Sunan al-Nasa’i. Jil.2. Riyad: Maktabah al-Macarif lil Nashr wa al-Tawzic.

Alias bin Azhar, Mohammad Azam Hussain, Muhammad Hafiz Badarulzaman & Fauziah Mohd Noor. 2015. Instrumen hibah dalam takaful: Tinjauan di Syarikat Takaful Ikhlas Sdn, Bhd. Prosiding Seminar Hibah dalam Pengurusan Harta Islam, hlm. 142-149.

al-Bayhaqi, Abi Bakar Ahmad bin al-Husin bin cAli. 2003. al-Sunan al-Kubra. Juz. 6. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah.

al-Bukhari, Abi Abdullah Muhammad bin Ismail. 2002. Sahih al-Bukhari. Damsyiq: Dar Ibn Kathir.

Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli bin Ahmad bin Sacid bin Hazm al-Andalusi. t.th. al-Muhalla bi al-Athar. Beirut: Dar a-Kutub al-cIlmiyah.

Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad bin Mukarram. 2003. Lisan al- cArab. Kaherah: Dar al-Hadith.

Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad. t.th. al-Mughni. Juz. 5. Beirut: cAlam al-Kutub.

Ibn Rushd, Abi al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Rushd al-Andalusi. 2012. Sharh Bidayat al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid. Cet. 5. Jil. 4. Kaherah: Dar al-Salam.

al-Jaziri, Abd Rahman. 2003. al-Fiqh cala al-Madhahib al-Arbacah. Cet. 2. Jil. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah.

al-Khatib, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad. 2003. al-Iqnac fi Hal Alfaz Abi Shujac. Juz. 2. Mesir: al-Maktabah al-Tawfiqiyah.

al-Mizzi, Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf. 1992. Tahdhib al-Kamal fi Asma’ al-Rijal. Juz. 26. Syria: Muasasah al-Risalah.

Mohd Zamerey Abdul Razak & Shofian Ahmad. 2008. Pelaksanaan hibah dalam industri takaful: bentuk dan hukum. Dlm. Anwar Fakhri Omar et al. (pnyt.). Isu Fiqah dan Persoalan Semasa, hlm. 207-219. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muslim bin al-Hajjaj. 2006. Sahih Muslim. Cet. 1. Riyad: Dar Taybah.

Naziree bin Md. Yusof. 2009. Mekanisme Dokumen Wasiat Amanah Raya Berhad (ARB) dan Aplikasi Hibah Ruqba: Satu Analisis. Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia, 21(3): 119.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2011. Hibah dalam Undang-undang Islam: Prinsip dan Amalan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Muslim bin al-Hajjaj. 2006. Sahih Muslim. Cet. 1. Riyad: Dar Taybah.

Noor Lizza Mohamed Said et al. 2012. Hibah dengan syarat balasan menurut pandangan fuqaha dan kedudukannya dalam undang-undang sivil Jordan. Jurnal Syariah, 20(3): 315-325.

Noor Lizza Mohamed Said. 2014. Analisis fiqah terhadap undang-undang hibah dan wasiat di negara-negara Islam. Tesis Dr. Fal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Lizza Binti Mohamed Said. 2015. Hibah cUmra dan Hibah Ruqba. Prosiding Seminar Hibah dalam Pengurusan Harta Islam, hlm. 98-103.

al-Shafici, Muhammad bin Idris. 1997. al-Umm. Cet. 1. Juz. 5. Mansurah: Dar al-Wafa’.

al-Sindi. t.th. Sunan al-Nasa’i bi Sharh al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti. Juz. 5. Beirut: Dar al-Macrifah.

al-Zuhayli, Muhammad. 1432H/2011. al-Muctamad fi Fiqh al-Imam al-Shafici. Cet. 3. Juz. 3. Damshiq: Dar al-Qalam.

 

91-102
PDF