Journal of Contemporary Islamic Law

No eISSN: 0127-788X

2022 7(1)

15 JUNE 2022

Penguatkuasaan Penghakiman Sita dan Jual: Pelaksanaan dan Kekangan di Mahkamah Syariah

Foreclosure and Sale Judgments Enforcement: Implementation and Constraints in Syariah Courts

Mohd Hazwan bin Ismail, hazwanismail@student.usm.my
Pelajar Siswazah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Jasni Sulong, jasni@usm.my
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Received: March 28, 2021 | Accepted: May 24, 2022 | Published: June 15, 2022​​​​​​​​​​​

2022, Vol. 7(1), pp. 91-101.  |  PDF

Pelaksanaan sitaan sangat jarang berlaku di Mahkamah Syariah kerana tidak banyak kes-kes berkaitan kewangan yang terlibat, melainkan kes tunggakan hutang nafkah isteri dan anak. Kegagalan seorang bekas suami atau bapa dalam membayar nafkah boleh menjejaskan kehidupan harian seorang isteri atau anak. Dalam Islam, kegagalan membayar nafkah ini boleh menyebabkan terjadinya hutang dan hukumnya adalah wajib dibayar. Banyak berlaku kes kegagalan bekas suami atau bapa dalam membayar nafkah sekalipun telah diperintahkan oleh mahkamah syariah. Justeru, objektif dalam makalah ini adalah bertujuan membincangkan pelaksanaan dan kekangan yang terdapat dalam mengeluarkan penghakiman sitaan dari mahkamah untuk menuntut tunggakan nafkah. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dan juga melalui temubual. Selain itu, metod pemerhatian juga digunakan untuk melihat sendiri secara praktikalnya penyitaan dibuat dan dihuraikan kes-kes berdasarkan kajian kes. Dapatan kajian mendapati, bermula dari tahun 2017 sehingga 2021 adalah sebanyak 16 kes sitaan yang berjaya didaftarkan. Daripada 16 tersebut, 8 kes berjaya dilaksanakan apabila kes sitaan tersebut diterima oleh mahkamah. Namun, terdapat kekangan untuk melaksanakannya apabila sebanyak 4 kes ditolak oleh mahkamah kerana hakim beralasan bahawa kes yang telah diperintahkan dari Saman Penghutang Penghakiman perlu kepada Notis Penghakiman. Daripada 16 kes itu juga, secara majoritinya tuntutan jenis hutang yang dibuat adalah tunggakan nafkah anak. Dan terakhir adalah, agensi yang terlibat dalam mengendalikan kes penyitaan adalah peguam swasta sebanyak 4 kes manakala agensi kerajaan dari Bahagian Sokongan Keluarga adalah sebanyak 12 kes.

Kata Kunci: Sitaan, tunggakan nafkah, perundangan, Mahkamah Syariah.

Execution of confiscation is very rare in the Syariah Court because there are not many financial-related cases involved, except for cases of arrears of alimony debts of wives and children. The failure of an ex-husband or father to pay alimony can have a significant impact on a wife’s or child’s everyday life. Failure to pay alimony can result in debt in Islam, and the legislation is mandatory. Many situations exist where an ex-husband or father refuses to pay alimony despite the fact that it has been decreed by a syariah court. As a result, the purpose of this article is to analyse the implementation and limits that occur when a court issues a foreclosure judgement to seek maintenance arrears. The research approach used in this study included a literature review as well as interviews. Furthermore, observational methods were employed to understand for themselves how seizures were made and cases were developed through case studies. According to the study’s findings, a total of 16 confiscation cases were successfully documented between 2017 until 2021. When the seizure case was accepted by the court, 8 of the 16 cases were effectively executed. However, when a total of four cases were dismissed by the court because the judge reasoned that the case that had been ordered from the Judgment Debtor’s Summons required to be a Judgment Notice, it became difficult to implement it. The majority of the debt claims filed in the 16 cases were for child maintenance arrears. Finally, private lawyers are involved in four seizure cases, while government agencies from the Family Support Division are involved in twelve.

Keywords: Foreclosure, arrears of maintenance, legislation, Syariah Court.

Abd Al-Rahman ibn Ahmad ibn Rajab. (1988). al-Qawaa’id. Beirut: Dar al-Jiyl.

Abdul Rashid Moten (1998), A Guide To Research Proposal And Report Writing. Selangor: Research Centre International Islamic University, Malaysia. Abi Zakaria Yahya bin Syarif An-Nawawi Asy-Syafi’i. (t.t) Minhaj At-Talibin.

Bandung: Al-Ma’arif. Adiwarman A. Karim (2001). Ekonomi Islam Suatu Kajian Kontemporer. Jakarta: Gema Insani.

Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM.

Akta 254

Akta 505

Akta 585

Almavico Putra Perdana. (2020). Pelaksanaan Pengelolaan Benda Sitaan Dan Barang Rampasan Negara di Rumah Penyimpanan Benda Sitaan Negara (Rupbasan) Kelas 1 Jakarta Selatan. Nusantara: Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial, 7 (1) (2020) 222-228.

Arahan Amalan No. 10 Tahun 2020 Manual Kerja Bailif, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Lihat juga Garis Panduan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang dilancarkan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada 17hb Oktober 2016 bersamaan 16 Muharram 1438H di Kem Bina Negara Geopark Langkawi.

Ayunie lwn Fazily. (2019). Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah di Negeri Pulau Pinang No. Kes Mal: 579/2019.

Diyana lwn Anuar. (2019). Mahkamah Rendah Syariah Daerah Shah Alam di Negeri Selangor No. Kes Mal: 521/2019

Fatimah lwn Zuhaan. (2020). Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang No. Kes Mal: 213/2020

Haliza lwn Rodzan. (2019). Mahkamah Rendah Syariah Daerah Shah Alam di Negeri Selangor No. Kes Mal: 564/2019

Hamsiah lwn Suddin. (2019). Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sabak Bernam di Negeri Selangor No. Kes Mal: 353/2019

Hanipah lwn Karim. (2019). Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Negeri Selangor No. Kes Mal: 439/2019

Hassan Ibrahim & Ali Ibrahim. (1970). Al-Nuzum Islamiyyah, cetakan 4. Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Masriyyah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893661/harta-sajat-disita

https://www.sinarharian.com.my/article/149559/BERITA/Semasa/JKM-sita-Rumah-Bonda

Imam Muslim. (t.t). Sohih Muslim, Juz 2. Bandung: Dahlan.

Jamilah lwn Saad. (2017). Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Pasir Mas di Negeri Kelantan No. Kes Mal: 293/2017

Luthvi Febryka Nola. (2018). Kedudukan Sita Umum Terhadap Sita Lainnya Dalam Proses Kepailitan. Negara Hukum: Vol. 9, No. 2,November 2018.

Maziah lwn Sudin. (2017). Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan di Negeri Kelantan No. Kes Mal: 118/2017

Miza lwn Yusof. (2017). Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Kota Bharu di Negeri Kelantan No. Kes Mal: 192/2017.

Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim. (2010). Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Prinsip & Amalan. Negeri Sembilan: Karya Kreatif Resources.

Muhammad al Husaini al Dimasyqiy. (1994) Kifayat al Ahyar, Juz I. Beirut-Libanon: Dar al Fikr. Muhammad bin Ali bin Muhammad Asy-Syaukani (t.t) Nailul Authar Juz V. Mesir: Syirkah Maktabah wa Matba’ah Muthafa al-Halaby wa Auladuhu.

Nur Zulfah Md Abdul Salam & Nur Syazwani Mohd Khatib. (2020). Isu Tunggakan Nafkah: Keperluan Penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Journal of Muwafaqat. Vol. 3, No. 1, 2020, pp. 38-51

Raudhah lwn Azlin. (2019). Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang di Negeri Selangor No. Kes Mal: 824/2019

Roslina lwn Roslan. (2017). Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Machang di Negeri Kelantan No. Kes Mal: 88/2017

Sudin lwn Maziah. (2017). Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan di Negeri Kelantan No. Kes Mal: 16/2017

Sunan Abi Daud. (2008). Kitab Alafdiliah, Bab Fi Alhabsi Fi Addin wa Ghairihi. Hadis No. 31998

Syuhada lwn Arfan. (2019). Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya di Negeri Pulau Pinang No. Kes Mal: 453/2019

Therese L. Baker. (1999). Doing Social Research, 3rd ed. United States of America: Mc Grew Hill.

Tuan Mohd Hanif bin Ismail, Penolong Pegawai Syariah di Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Kelantan, dalam temubual melalui di pejabat beliau di Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan pada 20hb Januari 2022.

Tuan Mohd Mawardiey bin Salleh, Penolong Pegawai Syariah di Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Pulau Pinang, dalam temubual melalui di pejabat beliau di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang pada 27hb Februari 2021.

Tuan Mohd Mirza bin Abdul Rashid, Peguam Syarie di Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang dalam temubual dengan penulis di pejabat beliau di Aras 2, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang pada 3hb Mac 2022.

Tuan Mohd Norman bin Abd Jalil, Penolong Pegawai Syariah di Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam temubual melalui di pejabat beliau di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25hb Februari 2022.

Tuan Mohd Sofian bin Abdul Halim, bailif Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dalam temubual melalui telefon pada 3hb Mac 2022.

Tuan Muhammad Amir Firdaus bin Sidin, Pegawai Syariah Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dalam temubual melalui telefon pada 3hb Mac 2022.

Wani lwn Fauzi. (2017). Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Machang di Negeri Kelantan No. Kes Mal: 90/2017

Zainal lwn Zuhana. (2019). Mahkamah Tinggi Syariah Gombak Timur di Negeri Selangor No. Kes Mal: 806/2019

Ziah lwn Nadir. (2021). Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur No. Kes Mal: 137/2021