Journal of Contemporary Islamic Law

No eISSN: 0127-788X

2019 4(2)

15 DECEMBER 2019

Kedudukan dan Implikasi Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Ke Arah Memartabatkan Kedaulatan Islam

The Position and Implication of Article 3(1) Federal Constitution Towards Strengthening the Sanctity of Islam

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, dumyatilqadhi@gmail.com
Postgraduate Student, Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Dahlan Salleh, dahlan@ukm.edu.myMohammad Zaini Yahaya, zainiyahya@ukm.edu.my,
Muhammad Adib Samsudin, adib@ukm.edu.my
Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 16 May 2019 | Accepted: 25 November 2019 | Published: 15 December 2019

2019, Vol. 4(2), pp. 34-45.  |  PDF

Islam bukan sekadar agama ritual, tetapi ia merupakan al-din iaitu satu sistem yang lengkap, berimbang dan menyeluruh dalam menyusun segenap aspek kehidupan. Dalam menelusuri hakikat ini, Tanah Melayu sejak sekian lama telah memperjuangkan ketinggian Islam sehingga akhirnya ia didaulatkan pada Bahagian I di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (PP). Malangnya, sekalipun peruntukan tersebut sudah jelas dikanunkan, namun masih mendapat pentafsiran berbeza sehingga memberi implikasi yang berlainan daripada tujuan sebenar pemaktubannya. Malah, keputusan mahkamah yang membabitkan Perkara 3(1) PP juga setakat ini hanya membantu sedikit sahaja, kecuali dalam beberapa keputusan mahkamah yang mutakhir. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menilai kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) PP dengan cara membebaskan tafsiran sempit di bawah belenggu penjajah kepada tafsiran yang jelas sebagaimana ia dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan bersesuaian dengan keluasan konsep Islam yang komprehensif dalam mencakupi seluruh aspek kehidupan sekali-gus mengangkat unsur-unsur tradisi Tanah Melayu yang telah sekian lama mendaulatkan Islam sebagai agama negeri-negeri. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dimanfaatkan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen yang kemudiannya data-data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasilnya, Perkara 3(1) PP jelas menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara-upacara keraian atau upacara rasmi sahaja, tetapi Islam menjadi agama negara dan seterusnya hendaklah berpengaruh dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara. Implikasi pengesahan Islam sebagai agama Persekutuan dan penafian pemisahan antara agama Islam dan pentadbiran negara juga telah menuntut anjakan hijrah minda supaya kedaulatan Islam sebagai agama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dapat diimplimentasikan secara menyeluruh selaras dengan tuntutan Islam yang sebenar.

Kata Kunci: Agama Persekutuan, sekular, Suruhanjaya Reid, adat istiadat agama, Ketertinggian Perlembagaan

Islam is not a ritualistic religion, rather it is al-din, a system that is complete, balanced and comprehensive in planning every aspect of life. The history of Malay Peninsula has fought sanctity of Islam to the extent that it was enshrined in Article 3(1) of the Federal Constitution. Although this provision has been codified in the Federal Constitution, it still receives various interpretations leading to various implications to its purposive meaning. Hence, this article aims to evaluate the position and implication of Article 3(1) of the Federal Constitution by giving interpretation that are free from colonial influences, where it is a much clearer interpretation as codified in the Federal Constitution and in accordance with the comprehensive concept of Islam that encompasses all aspects of life. Furthermore, the interpretation must raise up traditional elements of the Malay Peninsular that previously recognises Islam as state’s religion. In achieving this objective, the research methodology applied is qualitative approach based on the library research design. Data collected were then analysed descriptively. The findings showed that Article 3(1) of the Federal Constitution clearly indicates that Islam is not merely a religion for official functions or celebrations but it is the religion of the country that influences the formation of administrative policies as well as the country’s vision and mission. The implication of the recognition of Islam as the religion of federation and denial of separation between Islam and national administration has demand to establish thinking that the sanctity of Islam as the national religion as mentioned in the Federal Constitution, can be implemented comprehensively, according to Islamic teaching.

Keywords: Federal religion, secular, Reid Commission, religious customs and traditions, the Supreme Constitution

Abd. Manaf Haji Ahmad. 2009. Kontrak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

Abdul Halim al-Muhammady. 1991. Pendidikan Islam Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.

Abdul Halim Ramli. 2009. Hubungan Kaum Di Malaysia Sejarah Dan Asas Perpaduan. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Abdul Halim Ramli. 2015. DBP Perlembagaan Malaysia: Isu Dan Persoalan Perhubungan Kaum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Monir Yaacub. 1996. Kedudukan dan pelaksanaan undang-undang jenayah islam di malaysia. Dlm. Abdul Monir Yaacob & Sarina Othman (pnyt.). Tinjauan Kepada Perundangan Islam, hlm. 81–118. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abdullah @ Alwi bin Haji Hassan. 2006. Pengajian dan pengamalan undang-undang islam di
malaysia: antara tradisi dengan modeniti. Dlm. Hashim Yaacob & Hamedi Mohd. Adnan (pnyt.). Melayu Islam dan Pendidikan, hlm. 375–422. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad bin Ibrahim. 1983. Kedudukan islam dalam perlembagaan. Dlm. Tun Mohamed Suffian, H.P. Lee, & F.A Trindade (pnyt.). Perlembagaan Malaysia Perkembangannya: 1957-1977, hlm. 49–80. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad bin Ibrahim. 1999. Prinsip-prinsip perlembagaan islam dalam perlembagaan malaysia. Dlm. Abdul Monir Yaacub (pnyt.). Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk, hlm. 145–71. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Al-Mawdudi, Abu al’A’la. 1981. Tadwin Al-Dustur Al-Islami. Bayrut: Muassasah al-Risalah.
B. Simandjuntak. 1985. Federalisme Tanah Melayu 1945-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chamil Wariya. 2010. Malaysia Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan Lambang Kebangsaan. Yusanani Yushak (pnyt.). Kuala Lumpur: Media Global Matrix Sendirian Berhad.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi beragama dan amalannya di malaysia: rujukan kepada artikel 11 perlembagaan persekutuan malaysia. Usuluddin 27(May):81–92.

Khairul Azhar bin Meerangani, & Rushdi bin Ramli. 2016. Hak asasi non muslim di malaysia menurut perlembagaan persekutuan dan prinsip islam. Jurnal kemanusiaan 18–29.

Ma’rof Redzuan. 1999. Perjuangan mencapai kemerdekaan. Dlm. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnyt.). Kenegaraan Malaysia, hlm. 37–59. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mahamad Naser bin Disa. t.th. Islam agama negara: undang-undang tertinggi negara. 1–20.
Malaysia Kita. 1994. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Mohamed Anwar Omar Din, Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Mat Zin Mat Kib, & Junaidi Abu Bakar. 2017. Peranan umno menegakkan islam dalam perlembagaan persekutuan: satu kajian secara kronologikal: Akademika 87(1):91–109.

Mohd. Salleh Abas. 1997. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Shauki Abd. Majid. 2018. Siyasah Tidak Ada Pemisahan Politik dan Agama. Utusan Online\. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/siyasah-tidak-ada-pemisahan-politik-dan-agama-1.636377 [20 Februari, 2019].

Mohd Khalilullah bin Mohd Zaiddy. t.th. Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan. Bangi, Selangor. https://www.academia.edu/26043769/KEDUDUKAN_AGAMA_ISLAM_DALAM_PERLEMBAGAAN_PERSEKUTUAN.

Mohd Rizal Yaakop, & Shamrahayu A. Aziz. 2014. Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Nazri Muslim. 2014. Islam Dan Melayu Dalam Perlembagaan Tiang Seri Hubungan Etnik Di Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nazri Muslim, & Ahmad Hidayat Buang. 2012. Islam dalam perlembagaan persekutuan dari perspektif hubungan etnik di malaysia. Jurnal kemanusiaan 10(2):115–29.

Noraini Zulkifli. t.th. Perlembagaan Persekutuan: Rukun Pembentukan Masyarakat Harmoni. https://caridokumen.com/download/perlembagaan-persekutuanpdf-_5a46d593b7d7bc7b7a2213ef_pdf.

Nur Farhana Abdul Rahman, & Nur Solehah Shapiee. 2018. Autoriti agama di malaysia: kedudukan dan kritikan. International Journal of Islamic Thought 14(1):72–85.

Perlembagaan Persekutuan 2010. Kuala Lumpur: Lawnet, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Shamrahayu A. Aziz. 2018. Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: IKIM Press.

Siddiq Fadzil. 2015. Fiqh Al-Waqi`: Teks Dan Konteks Dalam Pembinaan Fiqh Malaysia. http://wadahutara.blogspot.com/2015/08/dr-siddiq-fadzil-fiqh-malaysia.html [18 Januari 2019].

Tun Abdul Hamid Mohamad. 2002. Kedudukan islam dalam perlembagaan malaysia: kesannya kepada pembanguan negara. Dlm. Memahami Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, Dewan Jubli, Selangor: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah, & Mohamed Anwar Omar Din. 2017. Islam agama bagi persekutuan: satu kajian sejarah perundangan. Akademika 87(3):179–95.
Zainal Zainuddin. 2018. Islam dan raja-raja teras kedaulatan negara. Dlm. Abd. Karim Ali, Mohd Roslan Mohd Nor, & Baharom Kassim (pnyt.). Islam Era Malaysia Baharu-Dinamika Wacana Kepelbagaian Cabaran, hlm. 99–116. Shah Alam: Persatuan Ulama’ Malaysia dan Imtiyaz Multimedia & Publications.

Zainul Rijal Abu Bakar. 2018. Islam bukan sekadar ritual harian. Utusan Online .
http://www.utusan.com.my/mega/agama/islam-bukan-sekadar-ritual-harian-1.653226 [20 Februari 2019].

Zainul Rijal Abu Bakar. 2019. Urusan agama Islam hak negeri. ismaweb. https://www.ismaweb.net/2019/06/16/urusan-agama-islam-hak-negeri/ [23 September 2019].