Jurnal Hadhari merupakan jurnal berwasit dan berindeks yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Skop dan isu yang dibincangkan ialah berkenaan Peradaban Islam yang mencakupi pelbagai aspek seperti hubungan sosial, budaya, sejarah dan falsafah, etika, pemikiran, kepimpinan, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, dan alam sekitar. Jurnal Hadhari Keluaran Khas telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Oktober 2008.

Mulai tahun 2009, Jurnal Hadhari diterbitkan sebanyak 2 keluaran dalam setahun. Jurnal ini memuatkan rencana ilmiah dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang lain dalam bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Di samping itu, ia juga menerbitkan ulasan buku. Jurnal ini diwakili oleh Sidang Editor yang berwibawa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dan Institut Integriti Malaysia. Penasihat antarabangsa terdiri dari University of Kyoto, Jepun, University of Nevada, AS., Islamic Foundation, UK., University of Wales, UK., dan Damascus University, Syria. Pendapat yang disiarkan dalam makalah tidak semestinya menggambarkan pendapat penyunting.

Keutamaan diberikan kepada makalah yang memenuhi skop utama jurnal dan memberi dampak kepada pembinaan masyarakat bertamadun yang unggul. Manuskrip yang dihantar mestilah merupakan sumbangan asli dan belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana jurnal lain. Diharap agar penerbitan jurnal ini menjadi wahana antarabangsa untuk penyebaran ilmu pengetahuan dan membangun ummah sejagat.

Segala surat menyurat mengenai makalah serta perkara yang berkaitan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor
JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor, Malaysia
Mel-e : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : +603-8921 6988/6995/6994
Faks : +603-8921 6990