Penilaian Kepenggunaan Reka Bentuk Antara Muka Perisian Kursus Matematik Sekolah Bestari

AZIZAH JAAFAR, HALIMAH BADIOZE ZAMAN & TENGKU MOHD TENGKU SEMBOK

 

ABSTRAK

Perisian kursus Matematik Sekolah Bestari telah diperkenalkan kepada 92 buah sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Projek Rintis Sekolah Bestari. Teknik penilaian empirik ujian pengguna melalui pemerhatian dengan menggunakan perakam video dibangunkan bertujuan untuk menilai kepenggunaan antara muka perisian kursus Sekolah Bestari. Teknik ini dinamakan Penerokaan Analisis Tugasan (PAT). Di samping kaedah pemerhatian, soal selidik juga digunakan. Petunjuk kepenggunaan yang digunakan dalam kajian ini ialah masa dan masalah kepenggunaan. Persepsi
pengguna terhadap beberapa aspek utama perisian kursus Sekolah Bestari juga diambil kira sebagai petunjuk kepenggunaan. Petunjuk kepenggunaan yang diperoleh dalam kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menguji dan membandingkan keberkesanan teknik penilaian
kepenggunaan lain yang digunakan dalam proses penilaian antara muka perisian kursus bagi mata pelajaran yang sama.

Kata kunci: Perisian kursus sekolah bestari; projek rintis sekolah bestari; ujian pengguna; kepenggunaan antara muka; penerokaan analisis tugasan; petunjuk kepenggunaan; masalah kepenggunaan; persepsi pengguna

 

 

ABSTRACT

The Malaysian Smart School program had introduced the Smart School Mathematics courseware to 92 residential and daily schools by the Ministry of Education. The usability of this courseware was tested using an empirical user testing called Task Analysis Exploratory through observation using a
video camera. In addition to the observation method, questionnaires were also used in the study. The usability problems and time were used as usability indicators. The perception of users on several main aspects of the courseware could also be used as one of the indicators. The usability indicators obtained
in the study could be used as guidelines in evaluating and comparing the effectiveness of other mathematical courseware. In addition, they could also be employed in comparing the effectiveness of other evaluation techniques applied for the same courseware.

Keywords: Smart school courseware; Malaysian smart school program; user testing; Iuterface usability; task analysis exploratory; usability lndicators;usability problems; user perceptions

References