Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-MathS)

BUSHRO BINTI ALI & HALIMAH BADIOZE ZAMAN

 

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia telah digunakan sebagai komponen utama dalam mereka bentuk dan mengimplementasi suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perbezaan individu memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang direka bentuk berasaskan pengajaran berbantukan teknologi multimedia dapat memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berbeza. Kajian ini menggunakan teori kecerdasan pelbagai sebagai satu kriteria untuk menilai kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar dalam membangunkan sebuah perisian multimedia, kerana teori ini dikenal pasti dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membangunkan sebuah perisian kursus multimedia berasaskan teori kecerdasan pelbagai bagi mempelajari topik trigonometri untuk pelajar tingkatan 4 (dipanggil MI-MathS). Kertas ini membincangkan model reka bentuk berarahan perisian yang merangkumi enam komponen iaitu: ciri kecerdasan pelbagai, hasil pembelajaran, teori pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, strategi dan interaktiviti.Tiga jenis strategi pengajaran diterapkan ke dalam perisian MI-MathS iaitu strategi pengajaran linguistik verbal (VL), strategi pengajaran matematik logik (LM) dan strategi pengajaran ruang visual (VS). Dapatan kajian menunjukkan penggabungan antara multimedia dan teori kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan pernyertaan aktif pelajar secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Katakunci: Perisian multimedia, pendidikan matematik, teori kecerdasan
pelbagai, model reka bentuk berarahan.

 

ABSTRACT

Multimedia technology-based learning programs have emerged as major tools in designing and implementing classroom learning. Individual differences play an important role in teaching and learning process. Multimedia technology allows the development of different types of presentations that suit
different types of intelligences and styles. This research uses multiple intelligences theory as criteria to evaluate student’s intelligences in developing multimedia software, due to the fact that it can motivate and enhance student’s performance. In relation to this, the writers have developed multimedia
courseware based on the theory of multiple intelligences in learning trigonometry for form 4 students (called MI-Maths). The paper will present the instructional design model of the courseware which consists of six components: intelligence types, learning outcomes, teaching and learning
theories, approaches, strategy and interactivity. The courseware adopted three different types of learning strategy that is: verbal linguistic learning strategy (VL), logic mathematics learning strategy (LM) and visual spatial learning strategy (VS). The study found that the integration of multimedia and the multiple intelligences theory enhanced students’ active participation and learning effectiveness.

Keywords: Multimedia courseware, mathematics education, multiple intelligences
theory, instructional design model.


References