Pengujian Makmal Maya Kimia Berasaskan Pendekatan Kognitivisme, Konstruktivisme dan Konteksual (VLab-Chem): Konstruk Keberkesanan

NORASIKEN BAKAR & HALIMAH BADIOZE ZAMAN

 

ABSTRACT

Virtual laboratories, currently used as an approach to virtual learning, has begun to be adopted in the teaching and learning process in schools. The main aim of this paper, is to conduct a study based on two main aspects. Firstly, to develop a virtual reality laboratory based on multimedia, for Chemistry entitled Virtual Reality Laboratory for Chemistry based on the Cognitivist-Constructivist-Contextual approach (VLab-Chem). Secondly, the aim is also to conduct an effectiveness test on the virtual laboratory. The virtual laboratory, VLab-Chem, was developed based on the Cognitivist-Constructivist-Contextual Life Cycle Development model (KHK3-VLab-Chem). Effectiveness test on the virtual laboratory, e-VLab-Chem, was conducted based on the quasi-experimental approach, using the ethnographic observational technique, through a case study. The sample of the study comprised of 61 form four students from a Smart School in Melaka called Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. The effectiveness test was conducted on two groups : Control (K) and Experimental (E), using t-test. Findings of the research found that the experimental group (E) that underwent the teaching and learning process using the virtual reality laboratory VLab-Chem had a higher achievement level as compared to the control group (K) that followed the conventional approach to teaching and learning of chemistry.

Keywords : Virtual Learning, Virtual Laboratory, Learning By Doing, Chemistry

 

ABSTRAK

Kini, makmal maya yang merupakan salah satu pendekatan pembelajaran maya (Virtual Learning) mula diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dua aspek utama. Pertama, membangunkan sebuah makmal realiti maya berasaskan multimedia untuk mata pelajaran Kimia yang bertajuk Makmal Maya Kimia berasaskan pendekatan kognitivisme-konstruktivisme-kontekstual (VLab-Chem). Tujuan kedua penyelidikan tersebut ialah mengkaji keberkesanan makmal maya VLab-Chem. Makmal maya VLab-Chem dibangunkan berasaskan metodologi pembangunan Model Kitar Hayat Kognitivisme-Konstruktivisme-Kontekstual (KHK3-VLab-Chem). Kajian keberkesanan terhadap makmal maya VLab-Chem, dilaksanakan berdasarkan pendekatan eksperimen separa, menggunakan teknik pemerhatian etnografi melalui sebuah kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 61 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah Sekolah Bestari di negeri Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Pengujian keberkesanan dilaksanakan berasaskan kumpulan kawalan (K) dan kumpulan eksperimen (E), menggunakan ujian-t. Secara keseluruhannya kajian mendapati, bahawa kumpulan eksperimen (E) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan makmal maya (VLab-Chem) telah memperoleh pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (K) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kimia secara konvensional.

Kata Kunci : Pembelajaran Maya, Makmal Maya, Pengalaman Amali, Kimia

References