Aplikasi Teleperubatan di Pusat Perubatan Sekitar Lembah Kelang: Faktor Pendorong dan Implementasi

HAIRULLIZA MOHAMAD JUDI, ARBAIAH ABDUL RAZAK, NORAIDAH SAHARI @ASHAARI & HAZURA MOHAMED

 

ABSTRAK

Teleperubatan adalah salah satu daripada sasaran dalam agenda Korridor Raya Multimedia (MSC) negara. Kajian ini cuba meninjau status implemetasi teleperubatan di pusat perubatan sekitar Lembah Kelang dan menentukan faktor pendorongnya. Kajian ini mendapati tahap penggunaan teleperubatan di pusat perubatan sekitar Lembah Kelang masih rendah iaitu hanya 16%. Hospital melaksanakan pendekatan ini dikatakan didorong oleh perancangan strategik hospital, keupayaan teknologi maklumat dan rangkaian, permintaan pengguna, pelanggan, dan pengurusan atasan, dan persepakatan dengan penyedia infrastruktur. Kajian ini telah merumuskan bahawa pusat perubatan mesti membuat penelitian rapi bagi mewajarkan implementasi teleperubatan dan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. Untuk mengetahui situasi sebenar operasi teleperubatan, ujian percubaan teleperubatan terhadap beberapa bahagian dalam perkhidmatan perubatan harus dijalankan.

Kata kunci: Teleperubatan, Implementasi, Multimedia Super Corridor (MSC)

 

ABSTRACT

Telemedicine is one of the flagships in the national Multimedia Super Corridor (MSC) agenda. This study aims at identifying the telemedicine application in medical centers around the Kelang Valley and exploring some motivating factors in the implementation. The study found that the telemedicine application level in medical centers around Kelang Valley is still low, i.e. only 16%. Medical centers which applied this technology are believed to be motivated by their strategic plan, information technology and networking capability, requirement from customers, consumers and top management as well as partnership with infrastsructure provider. The study formulated that medical centers should conduct a detailed preparation including a feasibility study and the implementation should not be carried out in hastle. To evaluate the real situation in a telemedicine operation, a pilot study needs to be conducted in some medical departments.

Keywords: Telemedicine, Implementation, Koridor Raya Multimedia (MSC)

References