Sekapur Sireh

Print

 

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem merupakan sebuah jabatan pengasas Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Bermula sebagai Unit Elektronik di Jabatan Fizik, Fakulti Sains pada 1hb Mei 1978, ianya telah berkembang dan akhirnya dinaiktaraf kepada Jabatan Elektronik di Fakulti Sains Fizis dan Gunaan. Dengan usaha gigih ahli akademik Jabatan Elektronik dan Jabatan Teknologi Kimia, maka Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah ditubuhkan pada 1hb November 1984. dengan penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, nama jabatan telah diubah kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem dan nama ini digunakan hingga ke hari ini.


Objektif utama jabatan adalah:

  • Untuk membimbing pelajar sebagai bakal jurutera yang profesional yang mempunyai pengetahuan teknikal yang terkini berdasarkan pengetahuan sains gunaan yang kukuh beserta dengan aplikasi latihan kejuruteraan dan keupayaan untuk memahami kesannya terhadap teknologi dan berkomunikasi.
  • Untuk menjalankan penyelidikan secara teori dan eksperimen di dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan komputer dan untuk menyampaikannya dalam bentuk penerbitan, paten dan pemindahan teknologi ke dalam industri.
  • Untuk berinteraksi dengan kerajaan, industri, kerjaya kejuruteraan dan masyarakat secara menyeluruh.
014115
Copyright 2011
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
| Tel:+603 89216322 | Fax:+603 89216146 |
email:kjkees@eng.ukm.my
Joomla theme by artisteer review and justhost reviews