Pautan Pantas

Portal UKM
E-warga
E-pelajar
Jurnal Komunikasi
(Malaysian Journal of
Communication)

Radio Midas
MENTION Online

 

 

 

Program Prasiswazah
Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat

Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat adalah penjenamaan semula kepada pengajian komunikasi korporat yang penting dalam mengurus sebuah organisasi swasta mahupun awam pada alaf baru ini. Penjenamaan semula ini memerlukan penawaran kursus yang selama ini terhad kepada kursus-kursus periklanan dan perhubungan awam diperluaskan dengan memasukkan komponen teknologi maklumat dan komunikasi insane dalam kurikulumnya.

Pendekatan lama dalam pengajian komunikasi korporat yang hanya menekankan komponen periklanan dan perhubungan awam tidak lagi mampu menangani keperluan-keperluan baru yang dibawa oleh aruss globalisasi. Komponen komunikasi insane dan teknologi maklumat yang menjadi jentera dan pemangkin kepada perubahan dunia pada masa kini perlu digabungjalinkan dalam pengajian komunikasi korporat bagi melahirkan tenaga pakar yang terlatih dan berpengetahuan.

Oleh sebab itu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat dirangka sebagai sebuah “program berkembar” yang dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga akademik terlatih dar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM).

Objektif

Selepas mengikuti Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat, setiap pelajar akan mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk:

Kursus Teras Pusat

SKKP1033 Pengantar Komunikasi Antarabudaya
SKKP1043 Teori Komunikasi
SKKP2014 Kaedah Penyelidikan Komunikasi
SKKP2023 Statistik dan Analisis Data
SKKP3053 Industri, Komunikasi, Dasar dan Undang-undang

Kursus Program

SKKA1033 Asas Komunikasi Pemasaran
SKKA1043 Penulisan Pembujukan
SKKA1053 Pengurusan Periklanan
SKKA1063 Perhubungan Awam
*TZ1023 Pengaturcaraan Komputer untuk Sains Sosial
*TS1913 Pengenalan kepada Taknologi Maklumat
SKKA2013 Pelaksanaan Kreatif Media
SKKA2023 Perancangan Media
*TP2543 Pengaturcaraan Web
*TP3533 E-Komers dan E-Kerajaan
SKKA2033 Keusahawanan Komunikasi Maklumat
*TP2523 Pengajian Multimedia (Elektif Terarah)
SKKA3013 Komunikasi Pemasaran Bersepadu
SKKA3166 Pengurusan Penerbitan Media Online
SKKA3206 Latihan Ilmiah
SKKA3103 Rencana Siaran dan Dokumentari (Elektif Terarah)
SKKA3006 Latihan Industri
  *Kursus-kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Aktivit Pembelajaran

Pelajar didedahkan kepada aspek-aspek teori dan amali dalam disiplin komunikasi untuk membolehkan mereka bertugas dalam persekitaran yang dinamik. Mereka diberi ruang untuk mengembangkan daya kreativiti dan kemahiran komunikasi masing-masing.

Untuk menguasai ilmu teknologi maklumat, para pelajar didedahkan kepada perisian-perisian relevan yang dapat membantu mereka menjadi pengurus maklumat yang cekap dan efisien. Kami menyediakan beberapa makmal multimedia yang dilengkapkan dengan perisian relevan supaya anda mampu menguasai penggunaannya.

Latihan Amali

Pelajar program ini dilatih untuk menyediakan mereka bagi menjawat jawatan sebagai pengurus di organisasi swasta dan kerajaan, di peringkat nasional ataupun antarabangsa. Dengan kepakaran dalam disiplin periklanan, perhubungan awam, teknologi maklumat dan komunikasi, mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk menjawat jawatan sebagai:
Pengurus periklanan
Pengurus perhubungan awam
Pengurus multimedia
Pengurus kandungan
Pengurus komunikasi maklumat

Untuk mereka yang mahu bekerja sendiri dan sanggup menyahut cabaran dunia siber, program ini melengkapkan diri mereka sebagai teknopreneur pengurusan komunikasi dan teknologi maklumat. Sebagai usahawan siber, mereka akan merintis dan mengukuhkan kedudukan secara perunding komunikasi dan teknologi maklumat di pasaran tempatan dan global.

Kenapa anda perlu memilih Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat

Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat berbeza daripada pengajian komunikasi korporat yang ditawarkan di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan di Malaysia. Program multidisiplin ini dirangka selaras dengan keperluan pasaran yang memerlukan sumber manusia yang mampu menguasai disiplin periklanan, perhubungan awam, teknologi maklumat dan komunikasi secara bersepadu.

Hubungi kami:

Ketua Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat,
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

Tel: 603 8921 4388/ 4277
Faks: 603 8921 3542
E-mel: normahm@ukm.my