Jurnal Kejuruteraan

Jurnal kejuruteraan ialah sebuah medium yang disediakan oleh Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk penerbitan artikel artikel ilmiah hasil karya penyelidik di seluruh rantau ini. Jurnal ini merupakan forum antarabangsa untuk penerbitan kertas-kertas teknikal dalam semua bidang kejuruteraan, alam bina dan pengurusan kejuruteraan. Ia merupakan sebuah penerbitan yang diadili dengan ketat dan menyumbang kepada penyebaran penemuan penyelidikan dan penggunaannya dalam semua aspek kejuruteraan dan teknologi. Ia juga merupakan sumber yang unik tentang kegiatan penyelidikan dan hala tuju teknologi di Malaysia dan di rantau Asia-pasifik yang berkembang pesat.

Jurnal ini bersifat antarabangsa dari segi skop dan wawasannya, serta penyumbangnya yang berasal dari banyak negara. Ahli sidang penyunting sendiri merupakan pakar, pengamal, profesional dan akademik yang disegani dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Semua artikel dikemukakan untuk penerbitan akan menjalani proses pengadilan kesepakaran yang ketat dan penyuntingan sebelum diterima untuk penerbitan bagi memastikan keaslian, keberkaitan dan piawaian yang tertinggi. Artikel yang telah diadili akan diterbitkan dengan pantas. Artikel yang diterima untuk penerbitan adalah berdasarkan kualiti dan keaslian karya di samping laras bahasa dan persembahan yang baik.

Jurnal ini diterbitkan sekali dalam setahun dan diindeks di dalam Google Scholar, DOAJ, MyJurnal dan MyCite.

 


Journal Homepage Image

Vol 23 (2011)

Daftar Isi

Penyambungan Separa Keluli-Konkrit Galang Berplat Komposit
Mohd Yazmil Md Yatim, Nandivaram E. Shanmugam, Wan Hamidon Wan Badaruzzaman 1-10
Analisis Pencirian Parameter Ketebalan dan Kebertelusan Substrat bagi Elemen Cincin Segiempat Sepusat Bersela Antena Tatasusun Pantulan PDF
Norbahiah Misran, Siti Hafizah Yusop, Mohammad Tariqul Islam, Muhammad Yusof Ismail 11-16
Kajian Perbandingan Teknik Kawalan SPWM dan THIPWM untuk PWM-VSI Menggunakan Pemodelan Matematik dan Simulasi PDF
Yushaizad Yusof, Nasrudin Abd. Rahim 17-26
Kesan Perubahan TEC, Profil Ionosfera dan Arah Kedudukan Stesen Penerima Terhadap Ralat Ionosfera Isyarat GPS PDF
Mardina Abdullah, Siti Sarah Nik Zulkifli, Mahamod Ismail 27-36
Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen dengan Menggunakan Indentifikasi Frekuensi Radio (RFID) PDF
Mandeep Singh Jit Singh, Ng Yin Fen 37-48
Model Penyelakuan Berangkap Dipermudah untuk Penyongsang PWM-VSI Satu Fasa Menggunakan Konsep Rangkap Pensuisan PDF
Yushaizad Yusof, Nasrudin Abd. Rahim 49-56
Kesan Keliangan Tanah dan Kecerunan Cerun pada Kestabilan Cerun Bukit Granit Terluluhawa
Muhammad Mukhlisin, Mohd Raihan Taha 57-68
ISSN:1985-4625
Published by Faculty of Engineering and Built Enviroment Universiti Kebangsaan Malaysia