Online Submissions
Already have a Username/Password for Jurnal Kejuruteraan?
Go to Login
Need a Username/Password?
Go to Registration
Registration and login are required to submit items online and to check the status of current submissions.
Submission Preparation Checklist
As part of the submission process, authors are required to check off their submission's compliance with all of the following items, and submissions may be returned to authors that do not adhere to these guidelines.
Persediaan Teks
Teks perlu dijarakkan selang satu setengah baris dengan menggunakan tulisan Times New Roman, justified dan fon 12. Penulis diminta untuk mematuhi format seperti di bawah:
a. Tajuk, penulis dan alamat
Sila kemukakan nama penuh penulis, alamat penuh, nombor telefon dan alamat emel penulis yang terlibat.
Mohd Mustafizur Rahman, Ahmad Kamal Arifin, Nordin Jamaluddin & Che Hasan Che Haron
Computational and Experimental Mechanics Group
Department of Mechanical & Material Engineering,
Unversiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Malaysia
Phone: + 603 – 8921 6012
Email address : mustafiz@eng.ukm.my
b. Abstrak
Abstrak perlu menyatakan dengan ringkas dan jelas persoalan yang dikaji. Seterusnya abstrak perlu di ikuti engan pernyataan berkaitan dengan kaedah kajian dan ringkasan keputusan yang diperoleh. Abstrak perlu berakhir dengan komen berkenaan kepentingan keputusan atau ringkasan kesimpulan. Panjang abstrak adalah antara 100-200 patah perkataan. Bagi artikel yang dihantar dari Negara Malaysia atau Indonesia, abstrak perlu ditulis dalam kedua dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Manakala bagi artikel yang dihantar dari Negara selain tersebut abstrak perlu ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Kata Kunci: Kata kunci mestilah tidak melebihi 5.
c. Pengenalan
Pernyataan persoalan yang dikaji. Isi – isi dan penemuan penting.
d. Teori (jika ada)
e. Eksperimen, pendekatan, kaedah (jika ada)
f. Keputusan & Perbincangan
g. Kesimpulan
h. Senarai simbol – sila sediakan senarai bagi simbol bersama unit yang berkaitan sekiranya bilangan simbol yang digunakan melebihi 10.
i. Penghargaan (Jika ada)
j. Rujukan
Semua penerbitan dirujuk dalam teks perlu dimasukkan dalam senarai rujukan. Rujukan harus disusun mengikut abjad. Contoh cara penulisan rujukan bagi rujukan yang muncul di dalam teks adalah seperti berikut:
Satu penulis : Shalfield 2001
Dua Penulis : Misran & Islam 2010
Lebih dari 2 penulis: Mohd Shahizan Othman et al. 2006
k. Jadual
Nombor bagi setiap jadual adalah mengikut kemunculan di dalam teks. Sila gunakan sistem penomboran arab dan perlu mempunyai tajuk. Jadual dan keterangan bagi setiap jadual perlu berada di tengah tengah mukasurat. Letakkan nota kaki bagi setiap jadual di bahagian bawah dan aturkan mereka dengan huruf kecil. Elakkan garisan mengufuk dan mencancang (sila rujuk contoh di bawah). Kurangkan penggunaan jadual dan pastikan data di dalam jadual tidak mengulangi keputusan yang dihuraikan di mana mana tempat di dalam artikel.
l. Rajah
Penomboran rajah adalah mengikut susunan bermula dengan Rajah 1. Dan diikuti dengan keterangan rajah dan diletakkan di bawah rajah. Cadangan cara penulisan bagi Rajah adalah seperti di bawah:
- Pastikan Rajah adalah jelas dan boleh dibaca
- Gambar berwarna akan dicetak dalam skala kelabu
* Sila hantarkan fail yang berasingan bagi setiap rajah yang digunakan. Artikel yang tidak menyertakan fail berasingan bagi rajah akan dipulangkan untuk pembetulan.
m. Tatanama, Simbol dan Singkatan.
Hanya simbol dan singkatan yang digunakan secara meluas dibenarkan penggunaannya, tetapi hendaklah menggunakan sebutan penuh untuk di ikuti dengan singkatannya pada kali pertama ia muncul di dalam teks. Simbol dan singkatan yang digunakan dalam jadual dan gambarajah perlu diterangkan di dalam rujukan. Penggunaan simbol di dalam teks perlu dielakkan sebaik mungkin kerana ia mungkin mengganggu kelancaran ayat dan paparan reka-letak bagi mukasurat tersebut. Kombinasi simbol dan perkataan perlu dielakkan sama sekali.
Pruf dan cetakan
Artikel yang telah diterima akan di anggap sebagai muktamad dan di fail-fail yang berkaitan akan diproses seperti mana yang diterima. Bagi pruf yang dihantar kepda penulis, hanya ralat pencetak yang boleh dibetulkan. Sebarang perubahan atau penambahan kepada manuskrip yang telah diedit tidak akan diterima.
- Penulis dikehendaki menyediakan nama dan alamat emel bagi 3 orang calon penilai bagi makalah masing masing.