Kesan Parameter Pemesinan Ke Atas Pembentukan Serpihan Semasa Mengisar Hujung Keluli Terkeras AISI H13 Menggunakan Mata Alat Sermat

Jaharah A. Ghani, M.Z. Hanif

Abstract


Kesan parameter pemesinan ke atas pembentukan serpihan semasa mengisar hujung keluli terkeras AISI H13 menggunakan mata alat sermet telah dikaji. Pemotongan dilakukan dalam julat halaju 224 - 355 m min-1, suapan 0.1- 0.25 mm gigi-1 dan dalam pemotongan jejari 0.3 - 0.8 mm. Analisis SEM menunjukkan pembentukan serpihan sangat bergantung kepada dalam pemotongan jejari dan suapan yang digunakan dan tidak kepada halaju pemotongan. Pada parameter pemotongan yang rendah, halaju 224 m min-1, suapan 0.1 mm gigi-1, dan dalam pemotongan 0.3 mm, serpihan terputus-putus dengan hujungnya yang licin diperolehi, manakala pada parameter pemotongan tinggi, suapan 0.25 mm gigi-1 dan dalam pemotongan 0.8 mm, serpihan berbentuk gergaji dihasilkan.

Keywords


pembentukan serpihan; perkakas keluli AISI H13; mata alat sermet; serpihan terputus-putus; serpihan berbentuk gergaji