Reynolds Number Calculation Method For Aerobic Biological Porous Packed Reactors
Abstract
Darjah pengadukan di dalam reaktor biologi aerobik terpadat berliang boleh ditentukan secara kuantitatif melalui pengiraan Nombor Reynolds. Parameter tak berdimensi tersebut mengambil kira kesemua daya inersia dan likat di dalam reaktor yang dipadatkan sebahagian dan sepenuhnya. Dua reaktor yang serupa dibina; setiap satu bergarispusat 14 cm; ketinggian 100 cm; dan isipadu kerja 15 L. Pada kadar pembebanan organik 2; 3; 4; dan 6 kg COD/m3.hari; Nombor Reynolds di dalam reaktor yang dipadatkan sebahagian ialah 40 300; 36 100; 25 500 and 40 400 manakala bagi reaktor yang dipadatkan sepenuhnya ialah 19 500; 20 500; 11 700 dan 26 400. Kuantiti media memberi kesan yang bererti terhadap darjah adukan di dalam reaktor. Keliangan reaktor aerobik terpadat merupakan ciri yang terhasil dari imbangan kesan pengumpulan biojisim disebabkan pertumbuhan dan kehilangan biojisim kerana tegasan ricih. Tegasan ricih ini berpunca daripada peningkatan beban organik dan peningkatan halaju ke atas oleh pengudaraan.
Keywords
nombor Reynolds; adukan; reaktor terpadat berliang; kelianga