Aplikasi Kaedah Unsur Terhingga Secara Dua Dimensi Dalam Kejuruteraan Angin

Siti Aminah Osman, Abdul Khalim Abdul Rashid, Taksiah Majid, Khor Eng Choon

Abstract


Ramalan terhadap kesan beban angin secara numerik melalui penggunaan berkomputer ke atas model bangunan nyata memberikan beberapa kelebihan berbanding dengan penggunaan model berskala di makmal terowong angin. Oleh itu kajian ini akan melihat keberkesanan dan kesesuaian kaedah unsur terhingga yang digunakan melalui kaedah numerik dengan menggunakan perisian FEMLAB dalam menganggarkan tindakan angin ke atas struktur bangunan. Taburan aliran dan tekanan yang terhasil di sekeliling model diperoleh melalui simulasi aliran gelora k-e dua dimensi. Dua model kajian bangunan rendah telah dipilih bagi tujuan perbandingan antara keputusan simulasi dengan pengukuran sebenar dan pengukuran di makmal terowong angin. Keputusan pekali tekanan yang diperoleh untuk setiap permukaan telah dibandingkan dengan penyelidik lain yang menggunakan kaedah pembezaan terhingga dan kaedah isipadu terhingga. Secara keseluruhannya, keputusan dari dua model kajian tersebut menunjukkan aplikasi kaedah unsur terhingga yang dijalankan dalam dua dimensi adalah setanding dengan kaedah lain di permukaan hadapan. Manakala di permukaan belakang dan bumbung pula telah memberikan keputusan taburan pekali tekanan Cp yang lebih besar berbanding pengukuran sebenar.

Keywords


Kaedah unsur terhingga; Pekali tekanan Cp; Aliran gelora k-e

Full Text: PDF