Penentuan Hubungan Laju-Aliran Laluu Lintas Jalan Arteri

Ahmad Raqib Ab. Ghani, Wan Hashim Wan Ibrahim, Ahmad Farhan Mohd Sadullah

Abstract


Sehingga kini, tiada hubungan di antara laju dan aliran lalu lintas dilaporkan secara rasmi untuk jalan arteri di Malaysia. Laporan Traffic Study Malaysia hanya menunjukkan hubungan laju dan aliran lalu lintas untuk jalan yang keadaan aliran lalu lintasnya tidak terganggu oleh kesan lampu isyarat. Jalan arteri pula merupakan jalan yang mempunyai persimpangan berlampu isyarat yang jaraknya 3 km atau kurang dan membawa isipadu lalu lintas yang mempunyai pergerakan terus yang tinggi. Kajian ini dijalankan ke arah menghasilkan hubungan di antara laju dan aliran lalu lintas untuk jalan arteri di Malaysia. Hubungan ini diperoleh dengan menggunakan model-model aliran lalu lintas yang sedia ada. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk menentukan model yang paling sesuai dengan keadaan lalu lintas di Malaysia. Hubungan laju dan aliran lalu lintas merupakan suatu parameter penting dalam aspek perancangan dan pemodelan pengangkutan. Untuk kajian ini, data laju perjalanan dan aliran lalu lintas diambil untuk jalan-jalan yang telah dikenal pasti. Semua data yang diperoleh telah dikumpulkan dan analisis dibuat berdasarkan Model Greenshields, Model Greenberg, Model Underwood dan Model Drake. Keputusan kajian telah menunjukkan Model Underwood adalah paling sesuai untuk menggambarkan hubungan laju dan aliran lalu lintas bagi keadaan jalan raya di Malaysia. Data laju aliran bebas yang dicerap di lapangan juga dibandingkan dengan nilai laju aliran bebas yang diramalkan oleh setiap model.

Keywords


Laju; jalan arteri; aliran lalu lintas; Model Greenshields; Model Underwood; Model Drake; Model Greenberg Terubahsuai

Full Text: PDF