Komposit La1-xSrxCo1-yFeyO3-d (LSCF) sebagai Bahan Katod Tahan Lama bagi Sel Fuel Oksida Pejal Bersuhu Sederhana-Rendah: Ulasan Kajian
Abstract
Sel fuel oksida pejal (SFOP) merupakan sel fuel yang mampu menukarkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik secara langsung dengan kecekapan tinggi. Di sebalik kelebihan seperti kecekapan penukaran tenaga yang tinggi, penghasilan bunyi yang rendah, kurang pencemaran dan penggunaan fuel yang pelbagai yang disediakan oleh SFOP, suhu operasi yang tinggi merupakan kekangan dalam kos pemprosesan dan peningkatan prestasinya. Oleh itu, penyelidikan dalam pembangunan bahan dan teknologi fabrikasi SFOP cenderung menumpu ke arah penurunan suhu operasi SFOP. Di antara banyak jenis bahan katod yang dikaji, lantanum strontium kobalt ferit, La1-xSrxCo1-yFeyO3-d (LSCF) dan komposit LSCF adalah bahan yang semakin mendapat perhatian sebagai bahan katod bagi SFOP bersuhu sederhana-rendah. Penggunaan katod komposit LSCF telah berjaya mengurangkan rintangan pengutuban katod dan meluaskan kawasan sempadan tiga fasa bagi tindakbalas penurunan oksigen. Kaedah penghasilan serbuk dan proses pembentukan katod komposit juga mempengaruhi prestasi katod dan sel fuel secara keseluruhan. Oleh yang demikian, artikel ini akan memfokus kepada komposit LSCF sebagai katod tahan lama bagi SFOP daripada aspek pembangunan bahan, penghasilan serbuk dan teknik pembentukannya.
Keywords
Komposit LSCF; katod; SFOP bersuhu sederhana-rendah