Penilaian Model Empirik Keupayaan Galas Tanah Baki Sedimen daripada Kaedah Gelombang Permukaan

Sri Atmaja Rosyidi, Mohd. Raihan Taha, Khairul Anuar Mohd Nayan

Abstract


Secara keseluruhan, keupayaan galas lapisan subgred banyak mempengaruhi keadaan struktur turapan. Dalam kajian ini, kaedah Analisis Spektrum Gelombang Permukaan (lebih dikenali dengan Spectral Analysis of Surface Wave-SASW) telah digunakan bagi penilaian kekukuhan lapisan subgred turapan. Kaedah  SASW dijalankan berasaskan rambatan gelombang Rayleigh. Menggunakan data beza fasa gelombang Rayleigh, lengkung serakan uji kaji halaju fasa boleh ditentukan. Selanjutnya proses songsangan dijalankan bagi mendapatkan halaju gelombang ricih dan modulus dinamik bahan pada struktur turapan. Hasil kajian menunjukkan beberapa model empirik halaju gelombang ricih dan modulus elastik dinamik melawan keupayaan galas tanah seperti nisbah galas California (CBR) dan metertusukan kon dinamik (DCP) telah diterbitkan. Kesesuaian yang baik turut didapati antara model-model empirik tersebut berbanding hasil kajian sebelumnya.

Keywords


Kaedah SASW; subgred tanah; halaju gelombang ricih; modulus elastik; CBR; DCP

Full Text: PDF