Pengaruh Gandaan EDFA Terhadap Prestasi Rangkaian Cincin Metropolitan
Abstract
Objektif utama kajian simulasi ini adalah untuk melihat kesan profil gandaan pra-penguat dan pasca-penguat terhadap nilai kuasa keluaran dan prestasi kadar bit rosak (BER) dalam rangkaian cincin metropolitan (parameter 600 km). Empat jenis profil ujian telah dikaji (iaitu A, B, C, dan D) serta kesannya terhadap prestasi BER dan kuasa keluaran dibandingkan melalui bilangan nod maksimum yang dibenarkan. Kajian juga memfokuskan kepada kesan pra-penguat terhadap titik uja dalam prestasi kadar bit rosak (BER) bagi rangkaian tersebut. Hasil keputusan yang diperolehi membolehkan kita mendapatkan nilai gandaan ideal pascapenguat dan prapenguat dalam rangkaian cincin metropolitan pemultipleks tambah gugur optik (OADM). Simulasi Opti_System telah digunakan untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
Keywords
EDFA; gandaan ideal; rangkaian cincin metropolitan; beban talian