Rekabentuk Peranti Pencerai Optik Pelbagai Nisbah (MROS) Berasaskan Pandu Gelombang Planar untuk Penggunaan Kuasa Berkesan

Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Norazilawati Md Zain, Aida Baharudin

Abstract


Dalam kertas ini, kami mencadangkan rekabentuk pencerai optik pelbagai nisbah (Multi Ratio Optical Splitter, MROS) berasaskan pandu gelombang planar dengan bahan polimer SU-8. Teknologi ini menjamin penjimatan pada kos fabrikasi dan prestasi lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan gentian terlakur untuk fabrikasi pencerai optik. Peranti MROS ini dicadangkan untuk digunakan dalam rangkaian pasif capaian pengguna FTTH untuk pengurusan kuasa dalam memaksimum penggunaannya. Ini membolehkan isyarat ke premis pengguna dapat dihantar melebihi jarak sebenar (20 km) Peranti MROS ini merupakan yang pertama dilaporkan. Permasalahan yang timbul seperti kehilangan kuasa pada pencerai optik menjadi perkara utama yang akan dibincangkan. Hasil simulasi menunjukkan kehilangan kuasa pada peranti MROS adalah disebabkan beberapa faktor seperti perubahan lebar pandu gelombang, indeks biasan dan sudut capahan. Untuk memperolehi kuasa maksimum, nilai optimum parameter-parameter ini perlulah digunakan. Peranti yang direkabentuk ini sesuai digunakan pada panjang gelombang 1500 nm – 1600 nm. Dalam kajian ini hubungan bagi setiap parameter ini terhadap kuasa keluaran ditekankan.

Keywords


pencerai optik pelbagai nisbah; pandu gelombang planar; polimer SU-8; parameter

Full Text: PDF