Density of Statically Deposited Bed
Abstract
Satu kajian ketumpatan untuk lapisan dasar endapan jeleket di bawah pengaruh kemasinan dan masa pemampatan telah dilakukan. Ketumpatan lapisan dasar lumpur asli dan lapisan kaolinit didapati adalah meningkat dengan kedalaman. Ini adalah disebabkan oleh perubahan di dalam kepekatan apungan awal dan beban yang dikenakan. Kemasinan didapati mempunyai kesan yang sedikit ke atas ketumpatan lapisan dasar, sementara pemampatan menyebabkan peningkatan ketumpatan lapisan dasar berbanding kedalaman lapisan. Ketumpatan keseluruhan untuk kaolinit adalah lebih tinggi berbanding lumpur asli. Profil ketumpatan untuk tujuh ujikaji yang dilakukan mempunyai bentuk menyerupai huruf S.