A Simplified Elastic Composite Floor Section Analysis with Incomplete Interaction
Abstract
Kertas kerja ini memperkenalkan analisis dipermudah interaksi separa bagi panelpanel lantai komposit. Satu teori analisis telah diolah untuk suatu keratan berulang yang terdiri dari dua elemen rasuk kenyal yang dilekatkan secara membujur menggunakan penyambung lelurus kenyal. Analisis dilakukan dengan andaian bahawa penyambung yang tidak sempurna wuJud diantara dua elemen berasingan tersebut. Dengan menggunakan kaedah kesetaraan kenyal, ungkapan-ungkapan untuk kekukuhan di sepanjang paksi utama bagi panel lantai komposit tersebut dapat diorakkan. Keputusan yang diperolehi daripada ujikaji berskala penuh yang telah dijalankan oleh penulis dibandingkan dengan keputusan daripada ungkapan-ungkapan yang telah diterbitkan, serta dengan keputusan teori yang diperolehi dari penyelidik lain. Dapatlah disimpulkan bahawa ungkapan yang telah diperolehi boleh meramalkan dengan agak tepat kelakuan suatu panel lantai komposit.