Out-of Plane Bending Stiffness along the Major Axis of Profiled Steel Sheet Dryboard Composite Floor Panels

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman, Ehsan Ahmed, Khalim Rashid

Abstract


Kertas kerja ini menghuraikan suatu kajian ujikaji mengenai kelakuan lenturan keluar satah bagi panel-panel lantai komposit yang baru diperkenalkan, dinamakan 'Panel Kepingan Keluli Berprofil Papan Kering (PSSDB)'. Panel-panel tersebut dibentuk dengan melekatkan lapisan papan kering kepada kepingan keluli berprofil menggunakan penyambung-penyambung mekanikal. Ianya sangat ringan, dengan demikian mudah dialih, dan boleh didirikan dengan cepat oleh tenaga kerja separuh mahir. Satu siri ujikaji keluar satah bagi mengkaji keupayaan keseluruhan struktur, serta pengaruh modulus penyambung dan jarak di antara penyambung terhadap keupayaan tersebut akan diterangkan. Kesesuaian bahan-bahan komponen bagi panelpanel tersebut juga dikaji. Modulus penyambung serta jarak di antara penyambung akan ditunjukkan sebagai memainkan peranan utama dalam mempengaruhi kekukuhan panel-panel tersebut. Analisis interaksi separa yang telah dimajukan oleh penulis boleh digunakan bagi mereka bentuk panel-panel lantai PSSDB di sepanjang paksi utama lenturan. Pendekatan secara teori ini akan ditunjukkan memberikan nilai-nilai kekukuhan yang lebih konservatif yang boleh diterima.