Panduan Penulisan

JPBM ini mengandungi tiga jenis bentuk manuskrip yang boleh ditulis oleh penulis/penyelidik Bahasa Melayu, iaitu seperti berikut:

  1.    Artikel berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu secara penyelidikan.
  2.    Artikel berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu berbentuk kertas konseptual/teori.
  3.    Artikel berkaitan penilaian terhadap sebuah buku ilmiah/akademik pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu.

 

Panduan Menulis Artikel Berbentuk Penyelidikan

  1.   Semua artikel/manuskrip perlu ditulis dalam Bahasa Melayu
  2.   Artikel ditulis satu langkau (single spacing) dengan jumlah perkataan di antara 3000 – 5000 patah perkataan sahaja (termasuk     rujukan, rajah, jadual, lampiran).
  3.   Artikel hendak ditulis dalam words  dengan menggunakan font 11 huruf Cambria (hanya jadual, rajah, lampiran ditulis menggunakan   font 10).
  4. Artikel perlu mengandungi tajuk dan nama penulis termasuk nama penulis bersama beserta dengan alamat lengkap (alamat, e-mel, telefon bimbit, telefon pejabat, faks termasuk penulis bersama).
  5. Setiap artikel perlu mengandungi Abstrak dalam Bahasa Melayu dan Inggeris termasuk lima kata kunci. Panjang abstrak di antara 250 – 300 patah perkataan sahaja.
  6. Rujukan bagi setiap artikel tidak lebih daripada 25 rujukan terkini dan ditulis mengikut Gaya American Psychologist Association (APA).
  7. Mencadangkan dua (2) nama penilai artikel dalam bidang bahasa yang dikaji (nama, alamat penuh, e-mel terkini, nombor telefon, nombor telefon bimbit untuk mudah dihubungi).

  

Panduan Menulis Artikel Kertas Konsep/Teori

Sidang Editor JPBM juga menerima mana-mana artikel/manuskrip yang ditulis dalam bentuk kertas konsep/teori dengan syarat:

  1. Kertas konsep/teori yang ditulis ini perlu membincangkan perkara-perkara berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu sahaja.
  2. Kertas konsep perlu menampakkan ‘kesarjaanaan’ penulis dalam bidang yang ditulis. 
  3. Perkara yang ditulis itu pula sesuatu yang baru seperti teori baru, pandangan, pendapat, cadangan terkini yang tidak ada dalam kajian pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu dan sebagainya.
  4. Gaya penulisan artikel manuskrip ini sama seperti yang dicadangkan panduan menulis artikel berbentuk penyelidikan.

Pengantarabangsaan JPBM
Sidang Editor JPBM turut berhasrat untuk mengantarabangsakan JPBM. Oleh kerana pendidikan/pengajian Bahasa Melayu telah tersebar luas di serata dunia, maka sudah tentu ramai pendidik/penyelidik Bahasa Melayu membuat kajian berkaitan pendidikan dan pengajian Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar asing yang mempelajari Bahasa Melayu.  Oleh itu, Sidang Editor mengalu-alukan artikel-artikel yang ditulis  dalam Bahasa Inggeris, tetapi membincangkan atau mengkaji pendidikan/pengajian Bahasa Melayu. Syarat-syarat penulisan sama seperti yang terdapat pada Panduan Menulis Artikel Berbentuk Penyelidikan di atas.


Panduan Menulis Artikel Berkaitan Penilaian Buku Ilmiah

Sidang Editor JPBM juga menerima artikel/manuksrip yang menilai sesebuah buku akademik/ ilmiah yang membicarakan perkara-perkara berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu.  Buku yang dinilai itu pula boleh berbentuk buku penyelidikan ataupun teori. Syarat menilai sesebuah buku tersebut adalah seperti berikut:

  1. Perlu masukkan perkara-perkara berikut:

 

Buku (scan kulit depan buku yang dinilai)

 

Penulis

 

Tajuk

 

Penerbit

 

Tahun diterbitkan

 

Tempat diterbitkan

 

Bilangan muka surat

 

Harga

 

ISBN:

 

 

  1. Panjang artikel menilai buku ini di antara 1500 – 2000 patah perkataan. Sebaik-baiknya, penulis membicarakan kekuatan dan kelebihan buku yang dinilai serta sumbangan buku ini dalam meningkatkan pendidikan  Bahasa Melayu/Sastera Melayu.
  2. Sila lampirkan nama penulis termasuk alamat lengkap, e-mel, nombor telefon, nombor telefon untuk mudah dihubungi.

 

Surat Pemberitahuan

  1. Surat Penerimaan – Sidang Editor akan menghantar secara e-mel kepada penulis bahawa artikel/manuskrip telah diterima.  
  2. Surat Setuju/Ditolak untuk Penerbitan – Sidang Editor akan menghantar surat seecara e-mel kepada penulis sama ada artikel/ manuskrip yang dinilai oleh penilai diterima atau ditolak untuk diterbitkan.  Siding Editor berkuasa untuk menerima atau menolak artikel yang telah dinilai setelah mendapatkan pandangan/komen daripada penilai.
  3. Surat Penerbitan – Sidang Editor akan menghantar surat secara e-mel kepada penulis bahawa artikel yang telah dinilai, dibaiki dan dibuat pembetulan sudah diterbitkan dalam JPBM.