Info JPBM

Salam,

Ketua Editor JPBM berasa kesal kerana sudah lama tidak melaporkan info terkini tentang JPBM. Infor terakhir dilaporkan pada tahun 2012. Saya minta maaf kerana terlalu sibuk pada tahun 2013. Perlu pegang Ketua Jabatan, Ketua Editor Jurnal Pendidikan Malaysia dan JPBM. Walau bagaimanapun, JPBM tepat pada waktunya diterbitkan. Alhamdullillah. Untuk JPBM Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014) sudaj berjaya dimuat naik dalam laman web www.ukm.my/jpbm. Pada semua penulis, tahniah diucapkan.

Akhir kata, saya bersama Editor Dr. Yahya Othman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan yang terus menyumbang artikel bermutu untuk JPBM. Diharapkan dapat terus menyumbang artikel dan menggalakkan pelajar seliaan dan bidang Bahasa Melayu mengakses artikel-artikel dalam JPBM.

Terima kasih.

Prof. Dr. Zamri Mahamod
Ketua Editor JPBM
5/5/2014


Salam

JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013) berjaya dimuat turun dalam laman web JPBM.
Tahniah kepada semua penulis. 
Jika ada artikel yang berkualiti berkaitan P&P Bahasa Melayu dan P&P Sastera Melayu boleh emelkan kepada saya.


4 Disember 2013



Seminar Pendidikan Pascasiswazah Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu.

Seminar ini akan diadakan pada 14 September 2013 di Pekanbaru, Riau.  Seminar ini mendapat kerjasama daripada Program Studi Bahasa dan Sastera Indonesia, Universiti Riau.  Aktiviti persidangan bermula pada 13 September (bertolak), 14 (seminar) 15 (libur) dan 16 (pulang).   
Pelajar berminat hubungi nurul di nurul 891120@yahoo.com


Seminar 2012

Untuk pendidikan Bahasa Melayu, terdapat beberapa seminar berkaitan pendidikan, pendidikan bahasa dan pengajaran pembelajaran yang akan diadakan pada tahun 2012.
1.    Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu - FPBK UPM



Persidangan Serantau Pendidikan Bahasa Melayu – PPIP, USM

Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu – FBMK, UPM

Seminar Kebangsaan Linguistik – FSSK, UKM