Penerbitan Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012)

Alhamdullillah. Setelah melalui pelbagai masalah, JPBM untuk Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012) berjaya juga diterbitakan atas talian.  Sebagai Ketua Editor, tahniah saya ucapkan kepada tuan puan semua. Saya harap tuan puan dapat terus menyumbang artikel ilmiah berkaitan pendidikan Bahasa Melayu dan juga Kesusasteraan Melayu untuk diterbitkan di JPBM atas talian.  Tanpa sokongan tuan puan semua, tidak mungkin JPBM ini terus diterbitkan dua kali setahun untuk dua tahun berturut-turut.  

Saya juga mengharapkan tuan puan mewar-warkan laman JPBM ini dan menggalakkan rakan sebidang untuk menyumbang artikel untuk JPBM untuk edisi Vol. 1, Bil 1 (Mei 2013) akan datang.  Pelajar postgraduate di bawah seliaan tuan puan juga digalakkan menghantar artikel untuk dinilai seterusnya diterbitkan di JPBM ini. Semoga JPBM ini terus berdiri kukuh untuk kita memartabatkan Pendidikan Bahasa dan Sastera Melayu serta Bahasa Melayu itu sendiri di atas  talian.

Sekian dan terima kasih


Dr. Zamri
30 November 2012 



Penerbitan Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012)

Dimaklumkan bahawa Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012) telah dimuat turun dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu secara atas talian. Penulis artikel, pelajar, pensyarah, pendidik guru dan sesiapa sahaja boleh memuat turun artikel berkaitan pendidikan Bahasa Melayu. Bagi Sidang Editor JPBM, saya mengucapkan tahniah kepada penulis/penyumbang artikel sehingga terbitnya Vol.2, Bil. 1 (Mei 2012) ini.  
Sekian dan terima kasih.

Dr. Zamri
28 April 2012 


Penerbitan e-jurnal Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012)
Dimaklumkan bahawa JPBM akan menerbitkan e-jurnal Vol. 2, bil. 1 (Mei 2012). Tuan/puan dialu-alukan menyumbang artikel berkaitan bahasa atau sastera Melayu dan boleh dihantar secara atas talian kepada d-zam@ukm.my atau dzamriey@yahoo.com. sebelum atau pada akhir bulan Februari 2012. 
Tuan/puan juga boleh menguar-uarkan kehadiran laman web JPBM, UKM kepada rakan-rakan.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2012.
Terima kasih.

Sidang Editor,
A.Rahman Haron, Dr. Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd. Taib & Rozaiman Makmun
29 Disember 2011.


Seminar Penilaian Penulisan 2
Dimaklumkan seminar berkenaan akan diadakan pada:
Tarikh  : 18 Disember 2011
Hari      : Ahad
Tempat: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM.  

A.Rahman Haron, Dr. Zamri Mahamod & Noor Izam Mohd. Taib
2 Disember 2011.

Penerbitan Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011)
Dimaklumkan bahawa  JPBM atas talian telah berjaya menerbitkabn Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011). Tahniah kepada para penulis dan penulis bersama ini.  Kita berharap tuan/puan terus menyumbang artikel ilmiah berkaitan bahasa dan sastera Melayu untuk diterbitkan secara atas talian melalui JPBM ini pada volume akan datang. Saya juga berharap tuan/puan dapat menghebahkan JPBM ini kepada rakan-rakan lain. Sekian dan terima kasih. 

Dr. Zamri
2/12/2011

JPBM Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011)
Sidang Editor sedang proses akhir untuk menerbitkan secara atas talian JPBM Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011). Terdapat tujuh artikel ilmiah, iaitu 6 kertas kajian dan 1 kertas konsep. Penulis-penulis kertas kerja ini datang daripada pelbagai IPT dalam dan luar negara seperti UKM (2 artikel), UPM (1), UUM, (1), KPM (1), UBD (1) dan USK (1) . Dua artikel luar negara iaitu dari UBD (Brunei) dan USK (Acheh) terdapat dalam Vol. 1, Bil. 2 ini.     Makluman penerbitan artikel JPBM ini akan dimaklumkan kepada penulis oleh Sidang Editor nanti. 

Terima kasih.
Dr. Zamri
19. 11. 2011 


Seminar Penilaian Penulisan 1
Berlangsungnya seminar berkenaan di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM pada 30 Oktober 2011.
Seminar kali ke-2 akan diadakan pada 11 Disember 2011.
Selain itu, akan berlangsung Bengkel Asas Penulisan Akademik, iaitu:
    Siri 1 : Struktur Ayat dan Pembacaan Kritis  pada 2 November 2011
    Siri 2 : Pembinaan Perenggan Berkesan pada 12 November 2011
    Siri 3 : Tinjauan Literatur pada 19 November 2011
    Siri 4 : Gaya Penulisan pada 26 November 2011

A.Rahman Haron, Dr. Zamri & Noor Izam   

Usulan, Kemajuan dan Pemantapan
Telah berlangsung pembentangan Usulan, Kemajuan dan Pemantapan oleh pelajar PhD Fakulti Pendidikan pada 22 Oktober 2011 di Bilik Gerak Minda 5, 6 dan 7. Semoga bergraduat dan menggapai impian bergelar Doktor Falsafah.
Selamat Menyambut Hariraya Aidil Adha yang bakal menjelang (6 November 2011).

Terima kasih.
A.Rahman Haron, Dr. Zamri & Noor Izam

Seminar
Dimaklumkan bahawa Seminar Alumni Fakulti Pendidikan akan berlangsung pada 15 Oktober 2011 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Kuliah 43.101 Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh.
Jam 8.00 malam hingga 11.00 malam pula, akan berlangsung Pelancaran Buku Alumni dan e-Alumni di Kelab Golf Danau, UKM Bangi. 
Selamat berseminar. 

Terima kasih
A.Rahman Haron, Dr. Zamri & Noor Izam
10 Oktober 2011

Selamat Datang Pelajar Sarjana dan PHD Pendidikan Bahasa Melayu
Sidang Editor JPBM ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam bagi sesi pengajian 2011/2012. Selamat maju jaya dan memberikan tumpuan pada pembelajaran serta menamatkan pengajian dalam jangka masa yang ditetapkan.

Terima kasih
Dr. Zamri, A. Rahman & Noor Izam
6 Oktober 2011 


Selamat Berpuasa dan Edisi JPBM
Salam untuk semua pembaca JPBM.  Sudah lama tidak ada berita terkini tentang JPBM.  Walau bagaimanapun, Sidang Editor beroperasi seperti biasa.  Proses penerbitan Vol. 1, Bil. 2 November 2011 ini tetap diteruskan.  Sidang Editor mengalu-alukan pembaca untuk menyumbang artikel untuk JPBM bagi Vol. 1 Bil. 2 November nanti.  Sehingga kini sudah ada 5 artikel diterima dan dalam proses pewasitan.  Sidang Editor memerlukan 2 artikel lagi menjadi 7 supaya sma dengan Vol. 1 Bil. 1 Mei 2011.
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak dan Selamat hari Raya Aidil Fitri.

Terima kasih.
Dr. Zamri
3 Ogos 2011


Dari Meja Ketua Editor
Salam semua. Dimaklumkan bahawa Pustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) telah memasukkan JPBM dalam senarai:
1.   Portal e-Jurnal
2.   JetP - Jurnal elektronik

Ini satu pencapaian yang memberangsangkan walaupun baru diterbitkan atas talian. Semuanya ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama tuan puan sekalian.

Terima kasih.
Dr. Zamri
26 April 2011


Dari Meja Ketua Editor

Dimaklumkan bahawa Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011) bagi Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu sudah dipaparkan di laman web http://www.ukm.my/jpbm. Penyumbang/penulis artikel boleh mendapatkan naskah jurnal masing-masing di laman web berkenaan. Untuk makluman, saya juga sedang berusaha untuk mendaftarkan JPBM ini di Malaysian Abstract Indexs System (MyAIS). Hal ini bermakna, apabila JPBM didaftarkan di MyAIS, JPBM boleh diakses mana-mana enjin pencarian di Internet. Saya bagi pihak Sidang Editor ingin mengucapkan tahniah kepada penulis dan juga pewasit/penilai artikel daripada pelbagai IPTA di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Bagi Vol. 1, Bil. 2 (November 2011), saya ingin mengalu-alukan rakan-rakan untuk menghantar artikel ilmiah untuk diterbitkan di JPBM ini.

Terima kasih.
Dr. Zamri
25 April 2011


Seminar
Dimaklumkan bahawa Persatuan Pendidik Bahasa Melayu akan mengadakan Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu pada 14-16 Mac di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.  Para pendidik Bahasa Melayu yang berminat boleh layar laman web Persatuan Pendidik Bahasa Melayu berkenaan

Terima kasih.
Dr. Zamri
3 Mac 2011


Berita JPBM
Dimaklumkan bahawa JPBM masih dalam proses penerimaan artikel untuk Vol. 1(Mei) 2011.  Saya berharap sesiap yang melayari laman web ini dapat menghantar artikel kepada Sidang Editor untuk penerbitan di JPBM ini.  Sehingga kini 5 artikel telah dan sedang dinilai oleh 3 orang pakar bidang.  Insyaallah, saya akan usaha terbitkan dalam talian pada Mei nanti.  Saya harap sangat kerjasama tuan puan semua.


Takziah
Dimaklumkan bahawa Sidang Editor JPBM kehilangan Eksekutif Editor.  Pn Faizah Ab Manan yang kembali ke ramahtullah pada 1 Januari 2011 yang lalu.  Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang yang solehah. Amin. Al-Fatihah.  

Terima kasih
Dr. Zamri,
Bangi, 19/01/20110


Berita Tahniah
Pada 23 September makan terbinalah laman web Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu:  http://pkukmweb.ukm.my/jpbm
Ini adalah satu sumbangan saya terhadap kecintaan dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu. Diharapkan dengan terbinanya laman web ini, rakan-rakan akademik di IPTA dan IPG dapat menggunakan laman web ini untuk menghasilkan seberapa banyak mungkin artikel ilmiah dan berkualiti demi kemajuan pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia.

Terima kasih.
Dr. Zamri Mahamod
Bangi, 23/9/2010