Arkib > Volume

JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (Malay Language Education Journal - MyLEJ) http://www.ukm.my/jpbm
ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011)

ISI KANDUNGAN JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
VOL. 1, BIL. 1, (MEI 2011)

Dapatkan PDF
PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DI LUAR BANDAR (The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In Malay Language Among Rural Primary School Children)
ABDUL RASHID JAMIAN

ABSTRAK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.  Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 161 murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 di luar bandar di Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiran membaca dan menulis. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru. Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca (min = 3.40; sp = .71) dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca (min = 3.24; sp = .60). Manakala dapatan kajian tentang masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman (min = 3.62; sp = .62), di samping itu, mengenali tanda baca (min = 3.42; sp = .80). Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita.
Kata kunci: Pembelajaran Bahasa Melayu; kemahiran membaca; kemahiran menulis; murid-murid sekolah; sekolah rendah luar bandar

ABSTRACT: Reading and writing skills are basic skills in Malay Language for primary school children. Mastery of these skills is important in order to achieve greater achievements in the coming years.  Thus, this research aims to identify problems pertaining to reading and writing skills in Malay language among rural primary school children.  The respondents for this research consist of 161 primary year 4 and 5 students in rural schools in Negeri Sembilan, Pahang and Sarawak.  The research is a descriptive surveyconducted by using questionnaires which include information on students’ background and problems faced in reading and writing skills.  The research findings show that there are problems within the students in mastering reading and writing skills in Malay Language, among them; basic knowledge in reading and writing, the environment and the teachers’ teaching method.  The research findings in problems related to reading skills  show that students fail to understand the content of the text (min=3.40; sp=.71) and meaning of sentence (min = 3.24;sp=.60).  The research findings in problems related to writing skills show that students could not differentiate upper and lower case letters through letter identification (min=3.62; sp=.62). They could not identify punctuations either (min=3.42; sp= .80).  The conclusion is, to overcome this problem, remedial education is one way to help enhance the potential of students who have problems in reading and writing skills.  Remedial programs at an early stage will give a more effective effect in the effort to strengthen the education system of our country.
Key words: Malay Language learning; reading skills; writing skills; school children; rural primary schools

Dapatkan PDF
SIKAP DAN MOTIVASI MURID IBAN DALAM MEMPELAJARI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA (Attitude And Motivation Among Iban Pupils In Primary School In The Learning Of Malay Language As A Second Language)
JERIE ANAK PETER LANGAN & ZAMRI MAHAMOD

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi yang dimiliki oleh murid-murid Iban sekolah rendah yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid Iban berdasarkan jantina dalam mempelajari Bahasa Melayu.  Seramai 302 orang murid Iban tahun 6 dari 15 buah sekolah rendah di daerah Kanowit dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Sosiopendidikan oleh Gardner. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data ialah soal selidik yang mengandungi 36 item. Item-item ini terbahagi kepada konstruk sikap dan konstruk motivasi. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Iban sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka.  Walau bagaimanapun, murid-murid Iban sekolah rendah menunjukkan motivasi yang rendah ketika belajar Bahasa Melayu dalam tempoh waktu yang lebih lama berbanding mata pelajaran lain. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan motivasi antara murid lelaki dengan murid perempuan yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kesimpulannya, murid-murid Iban mempunyai sikap positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu, sama ada di dalam mahu pun di luar bilik darjah.
Kata kunci: Sikap, motivasi, Bahasa Melayu, murid-murid Iban, bahasa kedua

ABSTRACT: The aim of this study is to identify the attitude and motivation among Iban pupils in primary school in the learning of Malay Language as a second language.  This study tries to identify the existance of differences in attitude and motivation between the two genders of Iban pupils in the learning Malay Language.  302 year 6 Iban pupils  from 15 schools in the Kanowit district were selected as respondents using the purposeful sampling method.  This study was carried out using the  Gardner  Socio-Educational Model.  Questionnaire consisting of  36 items was distrubet  to collect data for this study.  These items were divided into attitude  and motivation contructs.  The data were analyzed by using descriptive and inferential statistics. The result of the study shows that Iban pupils in the primary schools have positive attitude and high motivation level in the learning of Malay Language as a second language.  However, the level of motivation is low when they have to spend more time to study the Malay Language as compared to other subjects. This study also reveals the significant differences in motivation level between male and female pupils in the learning of Malay Language. The conclusion is Iban pupils have positive attitude and high motivation level while studing Malay Language  inside or outside the classroom.
Keywords: Attitudes, motivation, Malay Language, Iban pupils, second language

Dapatkan PDF
KESAN APLIKASI PERISIAN CERITA INTERAKTIF SEMASA MENGAJARKAN KEMAHIRAN BACAAN DAN KEFAHAMAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 DI BRUNEI DARUSSALAM (Students’ Achievement In Reading And Comprehension Using Traditional Method And Application Of Interactive Computer Aplication Among Year 4 In Brunei Darussalam)
YAHYA OTHMAN & DAYANG RAINI PAKAR

ABSTRAK: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai pencapaian murid dalam bacaan dan kefahaman menggunakan kaedah tradisional dan aplikasi perisian cerita secara interaktif.  Di samping itu, kajian ini juga menilai kesan penggunaan CD-ROM cerita interaktif dalam pengajaran bacaan dan pemahaman yang meliputi aspek kefahaman, morfologi dan sintaksis dalam kalangan murid berpencapaian sederhana.  Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimental kuasi.  Sampel kajian melibatkan 52 orang murid Tahun 4 berpencapaian sederhana sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei Muara.  Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.  Setiap kumpulan melibatkan 26 orang murid berpencapaian sederhana yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.  Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan, penguasaan morfologi dan sintaksis antara kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian pra dan pasca.  Berdasarkan analisis ujian-t, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi computer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa penggunaan perisian cerita secara interaktif dalam pengajaran bacaan dan pemahaman bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kefahaman murid sederhana, bahkan dapat meningkatkan aspek bahasa berkaitan morfologi dan sintaksis.
Kata kunci:  Aplikasi komputer, pengajaran kemahiran bacaan dan kefahaman

ABSTRACT: The purpose of this study was to assess students’ achievement in reading and comprehension when using traditional method and application of interactive computer aplication.  In addition, this study also evaluates the impact of using CD-ROM interactive stories in the teaching of reading including the aspect of knowledge, morphology and syntax among the average students.  A quasi-experimental method was used in this study. The study sample involved 52 students of year 4 from one primary school in Brunei Muara District. The sample was divided into two groups, the experimental group and the control group. Each group consisted of 26 average students comprising 13 boys and 13 girls. The results of this study were analyzed using t-test independent samples to assess whether there are significant differences in the mean performance of reading comprehension, mastery of morphology and syntax between the experimental and control groups in pre and post test. T-test analysis showed that there was a significant difference in the mean of reading comprehension performance between the experimental group and the control group in the post-test. The findings also show that the use of CD-ROM interactive stories in teaching reading and comprehension not only enhance students' performance in comprehension, but also enhance other aspects of language such as the morphology and syntax.
Key words:  Computer application, teaching reading and comprehension

Dapatkan PDF
KEPELBAGAIAN KAEDAH PENYOALAN LISAN DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU: KAEDAH PEMERHATIAN (Oral Question Approach In Teaching By Malay Language Teachers: Observation Methode)
ZAMRI MAHAMOD & NOR RAZAH LIM

ABSTRAK: Kajian bertujuan untuk mengetahui kaedah penyoalan lisan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika mengajar. Aspek yang dikaji ialah kekerapan soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), aras kognitif soalan,  komponen kemahiran penyoalan dan lingkaran soalan. Dua orang  guru Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar lebih 10 tahun dijadikan peserta kajian. Kaedah pemerhatian  digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu sangat kerap menggunakan penyoalan di dalam kelas semasa sesi P&P. Bagaimanapun, kaedah penyoalan guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi.  Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada lingkaran individu dan masyarakat, tetapi kurang pada lingkaran soalan yang berkaitan negara atau lingkaran global. Pelajar kurang diberi peluang untuk berfikir kerana guru lebih suka menggunakan aras penyoalan rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud hubungan di antara tempoh pengalaman mengajar guru dalam penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah.  Implikasi kajian ialah apabila soalan aras tinggi kurang digunakan semasa P&P,  budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terbatas.
Kata kunci: Penyoalan lisan, pengajaran dan pembelajaran, aras kognitif soalan,  komponen kemahiran soalan dan lingkaran soalan

ABSTRACT: This study was conducted to gain information on the different approach used in oral questions by Malay Language teachers. The main aspects studied are the frequency of questions posted to students in teaching and learning process, cognitive level of the question, the questioning skill component and the scope of the questions. The subjects were two Malay Language teachers who have more than 10 years of teaching experience. The observation method was used to collect the data. However, the Malay Language tearchers tend to focus on asking simple to moderately types of questions rather than the  highly challenging ones.  The findings show that the teachers frequently ask questions to the students in the teaching and learning process. The scopes of the questions asked however tend to be focused on individual and society rather than on global or national issues. The student were not given the chance to think critically as the teachers prefer to use question of the low level.  The result also show a there is connection between the teacher’s teaching experiences and the questions posted in the class. The implied that when the high level of questioning is seldom used in teaching and learning process. The culture of teaching critically and the student participation are limited.

Keywords:Verbal questions, teaching and learning, level of cognitive questions,  component of skill question and scope of question 

Dapatkan PDF
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH (The Implementation Teaching and Learning in Writing Skills At The Primary School)
CHE ZANARIAH CHE HASSAN & FADZILAH ABD. RAHMAN

ABSTRAK: Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada permasalahan ini kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru tentang sikap mereka terhadap pelaksanaan kemahiran menulis serta meninjau strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru, menganalisis permasalahan kemahiran menulis yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini.
Kata kunci:  Aplikasi strategi kemahiran menulis, sikap guru, permasalahan mengajar kemahiran menulis

ABSTRACT: This study focused on the implementation of Malay Language writing skills in the teaching and learning process. The respondents were selected through random sampling among various schools in the Kuala Terengganu district. Writing skills rely on a set of cognitive skills which can be considered very complex. Thus, teachers find it is very hard to apply these skills, where as, the pupils struggle or not even try to develop the skills through out the teaching and learning process in classrooms. For that reasons, a study has been done to determine the profiency level of Malay Language writing skills among the pupils. The finding and tools can be used as guidance for the pupils in improving their writing schools. As for teachers, they could utilize them as alternative in teaching process. The aim of this study is to study the teaching strategies applied by teachers and analyzing the obstacles faced by them as well as the pupils during the Malay Language teaching and learning process. This study has conducted in descriptive way where sets of questionnaires were used with the scale of likert 5. All data collected are processed using the SPSS version 17.0 software and the findings are further explained in quantitative way. Finding showed that the teachers accepted that it was the teachers’ responsibility to teach writing skills, with a highest mean score of 4.61. The report also shows that the teachers accepted the suggestion that content used during the lesson from the range of easy to difficult, with a highest mean score of 4.20. Findings also showed that obstacle occurred in Malay Language teaching and learning process. Among them are lacked of knowledge and teaching skills among teachers and the pupils’ inability in writing skills. This study found that teachers should act positively towards the importance of writing skills and better teaching strategies. Apart from that, teachers should overcome any obstacles occurred during the teaching and learning process creatively. Thus, teacher conducted the lesson in quality way and the pupils have better understanding and improving their writing skills. Teachers should also carry out the lesson based on the latest curriculum.    
Keywords:  Writing skills application strategies, teacher’s attitude, writing skills teaching problem

 

Dapatkan PDF
FAKTOR DAN KESAN MASALAH MEMBACA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH KERAJAAN DI BRUNEI DARUSSALAM (Factors And Effective Reading Problems In Government Primary School Pupils In Brunei Darussalam)
TAMAM TIMBANG, ZAMRI MAHAMOD & AFENDI HAMAT

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui  temu bual mendalam. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 7 dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan subjek kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh (a) faktor individu, (b) psikologi, (c) faktor  kaedah pengajaran guru, (d) masa pengajaran, (e) faktor persekitaran, dan (f) buku teks bacaan yang digunakan. Sebanyak lima kesan masalah membaca, iaitu (i) gagal dalam peperiksaan, (ii) menjejaskan pembelajaran subjek lain, (iii) kesukaran menghadapi peperiksaan, (iv) kesan psikologi dan (v) kedudukan nombor di dalam kelas dihadapi oleh murid-murid yang tidak boleh membaca ini.  Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah 6 di Brunei Darussalam.
Kata kunci: Faktor masalah membaca, kesan masalah membaca, kajian kualitatif, sekolah rendah kerajaan, kemahiran membaca

ABSTRACT: This research  to study  the factors and effective reading problem among the primary  pupils from the government schools encounter in Negara Brunei Darussalam.  The qualitative method that used multicase multiplesite approach.  The participant  which included four pupils, four parents and six teachers from four different primary schools in Brunei Darussalam, were interviewed in depth.  The Nvivo 7 software used to analyze the data.  The findings were reported in two parts; the profiles of the schools and participants in the research, as well as the report on the questionnaires.  From this research, it is found that the factors that contribute to the inability to read efficiently in the government school primary students are: (a) individual factor, (b) psychological factor, (c) method of teaching, (d) lesson periods, (e) environmental factor, and (f) text books.  The five effective readings problem there was found: (i) fill in examination, (ii), to effect another subject, (iii) problems in examination, (iii) psychology effect, and (v) nombor of position in class. The implication study are language teacher teaching methode to improve to settle readings problem among school pupils at Brunei Darussalam.   
Keywords: Reading problem factors, effective reading problem, qualitative study,  
government primary school

Dapatkan PDF
MASALAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA DI SEKOLAH DI INDONESIA (Teaching Problem In Language Skills At Indonesian School)
SAM MUKHTAR CHANIAGO, JAMALUDIN BADUSAH & MOHAMED AMIN EMBI

ABSTRAK: Kertas konsep ini membicarakan masalah pengajaran empat kemahiran bahasa yang dialami dalam pembelajaran oleh pelajar (pelajar) di sekolah dasar (SD), menengah (SMP) dan atas (SMA) di Indonesia.  Empat masalah ini ialah kemahiran menyemak (mendengar), membaca, menulis dan berbicara. Di samping itu, terdapat juga berbagai-bagai masalah yang dialami dalam pembelajaran oleh pelajar ini yang memerlukan guru sebagai penyelesainya. Berdasarkan teori yang dikemukakan adalah dijangkakan masalah ini boleh diatasi. Guru berupaya untuk mencapai penyelesaian yang relevan bagi pengembangan pengajaran keterampilan berbahasa tersebut di sekolah.
Kata kunci: Masalah pengajaran bahasa, kemahiran bahasa, pembelajaran pelajar,
pengembangan pengajaran bahasa

ABSTRACT: This concept paper discussing problems in lesson for four language skills that experienced by the students in their learning process at primary (SD), secondary (SMP) and high (SMA) school in Indonesia. These four problems are listening, reading, writing and speaking. Besides, there are also other problems experienced by the students in their learning process which requires the teacher as the arbitrator. Based on the theory discussed in this paper, it is expected that these problems could be overcome by the teachers. The teachers are able to achieve solutions that relevant to language learning growth at school.
Keywords: Problem language teaching, language skill, students learning, language
learning growth

Dapatkan PDF