Arkib > Volume

Kandungan Vol 1, Bil 2 (Nov 2011)

Dapatkan PDF
PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN LITERASI BAGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH (The Play Approach In Teaching Language And Literacy For Preschool Education)
SHARIFAH NOR PUTEH dan ALIZA ALI

ABSTRAK: Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Tranformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 menekankan kemahiran bahasa. Fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Artikel ini membincangkan kepentingan pendekatan aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak. Contoh-contoh pengajaran bahasa Melayu juga dikemukakan sebagai panduan untuk guru.
Kata kunci: belajar melalui bermain, pendidikan prasekolah, perkembangan bahasa dan literasi, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

ABSTRACT: Play or playing is the natural tendency of a child. As play is a part of a child’s world, the teaching and learning process is more effective if the curriculum is play-based. It is through the activities of playing that a child learns and comprehends issues in his/her environment in settings that are fun but meaningful to them. Experts in early childhood development believe that play stimulates brain functions that could nurtur the cognitive, social, emotional and physical development of a child. It is during play that a child interacts with peers and adults through discussions and questioning.  Through play, a child  learns to communicate, interact and adapt to his/her environment. In the newly introduced  National PreSchool Standard Curriculum much emphasis is made on language skills acquisitions at the preschool level. The main focus of the teaching and learning process is child-centered using the approaches of integrated teaching and learning, theme-based, learning through play, contextual learning and project-based learning. This article will discuss the importance of learning through play approach in the language and literacy development of children. Some examples of the teaching of the Malay language  are presented as guide for teachers.
Keywords:
learning through play, preschool education, language and literacy development, National Preschool Standard Curriculum

Dapatkan PDF
SIKAP GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (Primary School Malay Language Teachers’ Attitude Toward The Use Of Malay Language Text Books)
ZAMRI MAHAMOD, MAHIDIN AWANG ITAM dan AFENDI HAMAT

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keberkesanan buku teks dinilai daripada empat aspek, iaitu (i) keberkesanan isi kandungan, (ii) persembahan, (iii) aktiviti dan latihan serta (iv) bahasa dan istilah. Selain itu, tahap kekerapan penggunaan buku teks Bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga dikaji. Seramai 198 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan buku teks berada pada tahap sederhana bagi aspek isi kandungan, persembahan serta aktiviti dan latihan. Bagi aspek bahasa dan istilah menunjukkan sikap penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu (BTBM) yang tinggi dalam kalangan guru. Manakala tahap kekerapan penggunaan buku teks menunjukkan tahap penggunaan yang sederhana bagi aktiviti semasa P&P. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu kurang didedahkan tentang tata cara penggunaan BTBM secara berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, dicadangkan langkah-langkah bagi memastikan guru-guru menggunakan BTBM   dengan mempertingkatkan kualiti isi kandungan, persembahan, aktiviti dan latihan.
Kata kunci: Buku teks, isi kandungan, guru Bahasa Melayu, sekolah rendah

ABSTRACT: The purpose of this study is to determine the attitud of the Malay Language primary school teachers toward the use of the Malay Language text books in teaching and learning in the classroom. The effectiveness of the textbooks was evaluated based on four aspects (i) effectiveness of the content, (ii) presentation, (iii) activities dan practice, as well as (iv) language and terms. Additionally, the level of frequency of use of the text books during teaching and learning was also investigated. A total of 198 Malay Language teachers in primary schools in the district of Hulu Langat were chosen as the study sample. Data were analyzed using descriptive statistics. Results showed that the attitude of the Malay Language teachers toward the use of text books is at the moderate level for the aspects of content, presentation as well as activities and practice. For the aspect of language and terms, high BTBM usage attitude was shown among the teachers. Meanwhile the level of frequency of text book use showed a moderate usage level for activities during teaching and learning. The implication of the study indicates that the Malay Language teachers lack exposure on the process of effective BTBM usage in the classroom. Therefore, measures are proposed to ensure the teachers use BTBM by enhancing the quality of the content quality, presentation, activities and practice.
Keywords:
Text books, text book content, Malay Language teacher, primary school

Dapatkan PDF
PEMILIHAN BAHASA INDONESIA SEBAGAI BAHASA PERTAMA ANAK DALAM KELUARGA MASYARAKAT ACEH PENUTUR BAHASA ACEH DI NANGGROE ACEH DARUSSALAM (Choosing Indonesian As The Children’s First Language In The Family Of Acehnese Community Who Are Acehnese Native Speakers In Nanggroe Aceh Darussalam)
TEUKU ALAMSYAH, ROSTINA TAIB, AZWARDI dan MUHAMMAD IDHAM

ABSTRAK: Penelitian ini mengkaji faktor-faktor pemilihan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertama dalam keluarga masyarakat Aceh penutur bahasa Aceh. Penelitian dilaksanakan pada lima kabupaten/kota dalam wilayah Nanggroe Aceh Darussalam. Penemuan data penelitian menunjukkan bahwa terdapat banyak faktor yang menjadi dasar bagi orang tua etnis Aceh, penutur bahasa Aceh memilih bahasa Indonesia sebagai bahasa pertama anak dalam keluarga. Terdapat juga kecenderungan adanya keterkaitan pemilihan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertama anak dalam keluarga dan ketidakmampuan generasi muda Aceh berbahasa Aceh.
Kata kunci: Bahasa Indonesia, bahasa pertama, keluarga masyarakat Aceh
 
ABSTRACT: This research investigates the factors of choosing Indonesian as the first language in the family of Acehnese community who are native speakers of Acehnese. The research was implemented in five municipalities/cities in the Nanggroe Aceh Darussalam province. The findings of the study showed that there are many underlying factors for the Acehnese ethnic elders; Acehnese speakers chose Indonesian as the first language of the children in the family. There is also the tendency of the existence of relevance in choosing Indonesian as the first language of the children in the family and the inability of the younger generation of Acehnese in speaking in Acehnese.  
Keywords:
Indonesian language, first language, Acehnese family

Dapatkan PDF
KEBERKESANAN CERPEN DALAM MEMPERTINGKAT PRESTASI PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID (The Effectiveness Of Literary Text In Enhancing The Performance Of Malay Language Writing Among Students)
ABDUL RASID JAMIAN, SHAMSUDIN OTHMAN dan NORZILA MD. YUSOF

ABSTRAK: Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar diajarkan dan dikuasai oleh seseorang murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan penggunaan teks KOMSAS terhadap  prestasi penulisan karangan 64 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana. Kajian berbentuk eksperimental ini dijalankan untuk membandingkan keberkesanan menggunakan teks KOMSAS dengan kaedah pengajaran konvensional dalam pengajaran penulisan karangan. Kedua-dua kumpulan telah diberikan dua ujian, iaitu praujian dan pascaujian untuk membandingkan prestasi penulisan karangan dalam aspek karangan keseluruhan, aspek pengembangan isi karangan dan aspek penggunaan jenis ayat. Dapatan kajian dalam praujian menunjukkan bahawa bagi aspek karangan keseluruhan, skor min murid kumpulan eksperimen ialah 53.87 (SP = 9.40) dan skor min murid kumpulan kawalan ialah 48.65 (SP = 7.40). Ujian-t pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang  signifikan, iaitu  t(31) = 2.840, p<.05. Manakala pada pascaujian pula, skor min murid kumpulan eksperimen mencatatkan 60.2 (SP = 10.44), dan murid kumpulan kawalan mencatatkan skor min 51.28 (SP = 8.53). Hasil analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang sangat signifikan antara kumpulan murid ini dalam aspek karangan keseluruhan pada t(31) = 4.532,  p < .05. Kesimpulannya, kaedah pengajaran penulisan karangan menggunakan teks KOMSAS terbukti lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran konvensional terhadap prestasi penulisan karangan murid. Justeru, diharap hasil kajian ini dapat memberi galakan kepada guru-guru Bahasa Melayu supaya  menggunakan teks KOMSAS dengan lebih berkesan untuk membantu murid menjana idea bagi  menghasilkan karangan yang baik.   
Kata kunci: Pengajaran penulisan, prestasi penulisan karangan, teks KOMSAS, murid sekolah menengah, guru sekolah menengah

ABSTRACT: Writing skill is the most difficult skill to be taught and mastered by a student. Hence, this research aimed to analyse the effectiveness of the usage of literary texts on the essay writing performance of 64 Form Two average achiever students. This experimental research was conducted to compare the effectiveness of using literary text and the conventional method in the teaching of composition writing. Both groups were given two tests, namely pre-test and post-test to compare the performance of the overall composition , elaboration of points and sentences type usage. The research findings of the pre-test showed that for the overall composition, the mean score for the experimental group was 53.87 (SD = 9.40) and the mean score for the control group was 48.65 (SD = 7.40). The t-test showed there was a significant mean score difference, with t(31) = 2.840, p<.05. As for the post-test, the mean score for the experimental group showed 60.2 (SD =10.44), and the control group showed 51.28 (SD = 8.53). The analysis of the t-test showed that there was a significant mean score difference between the students in overall composition with t(31) = 4.532, p < .05. As a conclusion, the teaching of composition writing using the literature text is proven to be more effective than the conventional method. Therefore, it is hoped the findings of this research could encourage the Malay language teachers to use the literature text more effectively to help students to generate ideas to produce better composition.
Keywords: Teaching of composition, writing composition performance, literature text, secondary school students, secondary school teachers

Dapatkan PDF
KANAK-KANAK MINORITI ORANG ASLI DI MALAYSIA: MENGGAPAI LITERASI BAHASA MELAYU (Children of The Orang Asli Minority In Malaysia: Achieving The Malay Language Literacy)
ABDULL SUKOR SHAARI, NURAINI YUSOFF, MOHD IZAM GHAZALI dan MOHD HASANI DALI

ABSTRAK: Bahasa Semai merupakan bahasa natif bagi murid-murid Orang Asli di Kampung Terisu Cameron Highland, Pahang, Malaysia. Sebaliknya, Bahasa Melayu (BM) menjadi bahasa kedua yang lebih ketara penggunaannya di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama yang dihadapi dalam literasi BM dan punca-punca mengapa masalah itu berlaku. Sampel kajian terdiri daripada 33 orang murid Orang Asli Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Terisu dan dua guru Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif kajian kes melalui temu bual sebagai metod kajian. Berdasarkan temu bual didapati bahawa antara masalah utama yang dihadapi dalam literasi BM berkait rapat dengan isu budaya. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada penggubal kurikulum, pentadbir pendidikan dan guru-guru.
Kata Kunci: Pengajaran dan pembelajaran murid Orang Asli, literasi  Bahasa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, budaya, pendekatan kualitatif

ABSTRACT: Semai language is the native language for students at the Kampung Orang Asli Terisu Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. In contrast, the Malay Language (BM) is the second language that is more significantly used in the classroom. The study was conducted to identify the main problems encountered in the Malay Language Literacy and the reasons for the problems. The study sample consisted of 33 Year Five Orang Asli students, two Malay language teachers in Sekolah Kebangsan Terisu, Cameron Highland, Pahang. This study used the qualitative research design of a case study through interviews as the research method. Based on the interviews, the findings showed that the main problem faced in the Malay Language literacy is closely related to cultural issues. The study is expected to provide input to the curriculum developers, education administrators and teachers.
Keywords: Teaching and learning of Orang Asli students, Malay Language literacy, Malay as a second language, culture, qualitative approaches

Dapatkan PDF
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH (Inculcation Of Generic Skills In The Teaching Of Secondary School Malay Language Teachers)
UMI NADIHA MOHD NOR, ZAMRI MAHAMOD dan JAMALUDIN BADUSAH

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk (i) mengenal pasti kemahiran generik yang diterapkan oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, (ii) menentukan perbezaan yang signifikan dalam penerapan kemahiran generik antara guru lelaki dengan guru perempuan, dan (iii) menentukan hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang dijalankan terhadap 120 orang guru Bahasa Melayu di daerah Kluang yang dipilih secara sampel bertujuan. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, ujian-t, dan korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan kemahiran generik yang banyak diterapkan oleh guru Bahasa Melayu di daerah Kluang ialah kemahiran beretika dan moral. Manakala kemahiran yang kurang diterapkan ialah kemahiran menggunakan teknologi. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik antara guru lelaki dengan guru perempuan. Walau bagaimanapun, kajian mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah telah memberi sumbangan kepada pedagogi guru dan petanda bahawa guru bahasa mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam konteks pengajaran bahasa. Bagi memastikan matlamat tercapai, guru mesti dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran generik.
Kata kunci: Kemahiran generik, pengajaran, guru bahasa Melayu, sekolah menengah

ABSTRACT: The aim of the study is to (i) identify the generic skills inculcated by Malay Language teachers in the teaching and learning of the Malay language (ii) determine the significant differences in generic skills application between male teachers and female teachers, and (iii) determine the significant relationship between teaching experience and generic skills application in the teaching and learning of the Malay Language. This survey used the instrument of a questionnaire which was conducted on 120 Malay Language teachers in the Kluang district who were chosen through purposive sampling.  The data were analysed using descriptive statistical analysis, t-test, and Pearson correlation. The survey results show that the generic skills inculcated by the Malay Language teachers in the Kluang district are ethical and moral skills. Meanwhile skills in using technology are less inculcated. The survey results also show that there is no difference in generic skills application between male teachers and female teachers. Nevertheless, the study shows that no significant relationship exists between teaching experience and inculcation of generic skills application in the teaching and learning of the Malay Language.The implications of this study are that it has contributed to the teacher’s pedagogy and the indication that language teachers have the task and huge responsibility in the context of language teaching. To ensure that the objective is achieved, teachers must be equipped with knowledge and generic skills.
Keywords: Generic skills, teaching, Malay Language teachers, secondary school

Dapatkan PDF
PENGETAHUAN TEKNOLOGIKAL PEDAGOGIKAL KANDUNGAN KESUSASTERAAN MELAYU: PERANAN GURU SASTERA DALAM SPN 21 (Technological Pedagogical Content Knowledge In Malay Literature: The Roles Of Malay Literature Teachers In SPN 21)
ROZAIMAN MAKMUN, ZAMRI MAHAMOD, NOOR IZAM MOHD TAIB dan A. RAHMAN HARON

ABSTRAK: Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan guru sastera dalam pelaksanaan pendidikan Kesusasteraan Melayu sesuai dengan tuntutan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) di Brunei Darussalam. Perbincangan ini dibuat berdasarkan Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Kandungan (PTPK) yang dikembangkan oleh Punya Mishra dan Matthew J. Koehler daripada idea asal Shulman tentang Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK). Perbincangan seterusnya mengarah kepada peranan guru sastera yang berkaitan dengan lima jenis pengetahuan yang saling berhubungan, iaitu pengetahuan  kandungan, pengetahuan pedagogikal, pengetahuan latar belakang dan kesediaan pelajar, pengetahuan penaksiran, dan pengetahuan teknologikal. SPN 21 yang baru dilaksanakan pada tahun 2008 menuntut proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar dan mengutamakan penerapan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Artikel ini mempersoalkan sejauh mana pengetahuan guru sastera dalam memenuhi tuntutan ini dan menegaskan bahawa kajian yang berkaitan dengan PTPK guru sastera perlu dilaksanakan. Maklumat yang diperoleh daripada kajian tentang PTPK guru sastera tersebut dijangkakan sangat penting dan perlu sebagai bahan rujukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Kata kunci: Pengetahuan teknologikal pedagogikal kandungan, pengajaran dan pembelajaran, kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan negara abad ke-21, dan pembelajaran berpusatkan pelajar

ABSTRACT: This article is aimed at discussing the roles of Malay Literature teachers in the implementation of Malay Literature education suitable to the demands of the 21st Century National Education of Brunei Darussalam (SPN 21). This discussion is based on the Technological Pedagogical Content Knowledge (PTCK) that was developed by Punya Mishra and Matthew J. Koehler from the original ideas of Shulman’s Pedagogical Content Knowledge (PCK). Subsequent discussions led to the role of the teachers of Malay Literature related to the five kinds of interconnected knowledge, namely content knowledge; pedagogical knowledge; readiness of students and background knowledge; assessment knowledge; and technological knowledge. SPN 21 which was newly implemented in 2008 demanded teaching and learning process that is more studentcentered and prioritized on the application of information and communications technology. This article questioned the extent of the Malay Literature teachers’ knowledge in meeting the goals of SPN 21 and asserted that research related to Malay Literature teachers’ PTCK need to be conducted. Information obtained from the study is expected to be very important and necessary as a reference by the parties concerned.
Keywords: Technological pedagogical content knowledge, teaching and learning of Malay Literature, 21st century national education system, and student-centered learning

Dapatkan PDF