Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

Unit Awam

  • Adakah JPP bertanggungjawab dengan aduan kerosakan di kolej kediaman?

    Tidak. Semua aduan kerosakan di kolej kediaman pelajar adalah diuruskan oleh pihak pengurusan kolej masing-masing. Oleh yang demikian, sebarang aduan kerosakan hendaklah dibuat terus kepada pihak pengurusan kolej masing-masing.

  • Apakah item pembaikan kerosakan di bawah tanggungjawab Unit Awam?

    Item-item kerosakan di bawah tanggungjawab Unit Awam adalah melibatkan item dalam dan luar bangunan. Item dalam bangunan adalah segala struktur dan hiasan bangunan seperti bumbung, siling, tingkap, lantai, dinding, meja, kerusi, tandas, paip, pintu dan sebagainya kecuali kelengkapan elektrik dan mekanikal. Item luar adalah infrastruktur seperti jalan raya, longkang, sistem perpaipan dan bekalan air, papan tanda dan sebagainya. Unit Awam juga bertindak sebagai penyedia peralatan untuk majlis seperti khemah, kerusi dan meja. Maklumat terperinci untuk penyediaan peralatan oleh Unit Awam boleh dilihat dalam borang permohonan perlatan majlis dalam laman sesawang JPP.

  • Di mana tawaran Tender atau Sebutharga kerja JPP UKM dapat diketahui?

    Tawaran Tender atau Sebutharga bagi kerja-kerja JPP UKM boleh diketahui melalui :

  • Apakah tindakan Unit Awam setelah aduan diterima melalui SAK?

    Setelah aduan melalui SAK diterima, wakil JPP (pasukan tukang) akan ke tapak untuk membuat penilaian/analisa kerosakan. Kerosakan minor akan dibuat in-house (oleh pasukan tukang) dan sekiranya kerosakan adalah di luar kemampuan pasukan tukang, maka kontraktor akan dilantik untuk melaksanakan kerja pembaikan kerosakan tersebut.

  • Bagaimana proses permohonan peralatan dan kemudahan majlis?

    Permohonan perkhidmatan peralatan dan kemudahan untuk majlis perlu dimohon melalui borang yang boleh diisi secara atas talian di laman sesawang JPP atau melalui link ini Borang Permohonan Peralatan dan Kemudahan Majlis .

    Borang yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar ke pejabat JPP atau melalui faks di talian 03-89214584.

    Permohonan daripada Persatuan Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada JPPel dan Pengurusan Fakulti UKM.

    Pemohon perlu mendapatkan kelulusan dari ketua PTJ bertanggungjawab sebelum borang dihantar ke Pejabat JPP. Borang yang tidak mendapat kelulusan dari Ketua PTJ akan ditolak.

    Permohonan hendaklah sampai dalam masa 7 hari sebelum tarikh majlis manakala pembatalan permohonan hendaklah dimaklumkan semula ke pejabat ini di talian 03-89214541/4827.

  • Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya terdapat kejadian paip pecah/rosak ?

    Sebarang aduan paip pecah/rosak boleh dibuat menerusi panggilan telefon ke 03-89214541 atau memaklumkan juga melalui mana-mana pengurusan PTJ masing-masing terlebih dahulu.