Unit Ukur Bahan
-
Kenapa dokumen Sebutharga/Tender saya ditolak?
Dokumen Tender/Sebutharga biasanya ditolak kerana tidak lengkap. Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah :
- Borang tidak diisi dengan lengkap
- Dokumen wajib tidak dilampirkan (Salinan sijil-sijil/kad CIDB/dll)
- Pendaftaran telah tamat tempoh
- Penyata kewangan tidak disertakan/bukan yang terkini/tidak lengkap (3 bulan)
-
Apakah dokumen yang perlu disertakan ketika penyerahan dokumen sebutharga atau tender?
- Dokumen Tender/Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap, ditandatangani dan cop syarikat.
- Profile Syarikat
- Salinan Kad CIDB.
- Salinan sijil-sijil pendaftaran dari CIDB/KKM.
- Maklumat pentender
- Senarai kakitangan/aset syarikat
- Katalog/Jadual data teknikal
- Penyata Bulanan Akaun Bank yang terkini (3 bulan).
-
Adakah jumlah harga kontrak yang ditawarkan termasuk dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)?
Jumlah Harga Kontrak adalah tidak termasuk GST, jumlah GST akan dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima (SST).
-
Adakah bayaran Interim dikenakan GST jika kontrak bermula sebelum perlaksanaan GST?
GST hanya dikenakan pada bayaran Interim yang dibuat pada/selepas 1 April 2015.
-
Berapa tempoh masa untuk mengetahui keputusan sebutharga atau tender selepas penyerahan dokumen?
Tempoh maksima bagi keputusan Tender/Sebutharga adalah 45 hari bermula dari tarikh tutup Tender/Sebutharga.
-
Apakah situasi yang membolehkan kontraktor layak untuk mendapat Lanjutan Masa (EOT)?
- Perkara luar jangka (Force Majoure)
- Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
- Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjiran
- Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
- Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
- Kelewatan artisan “Tradesman” yang dilantik oleh klien
- Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
-
Apakah perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh kontraktor sebelum memulakan perkhidmatan/kerja?
- Bon Perlaksanaan (5% – Kerja, 2.5% – Bekalan/Perkhidmatan)
- Polisi Insurans Tanggungan Awam @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
- Polisi Insurans Pampasan Pekerja @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
- Polisi Insurans kebakaran @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
- Nombor pendaftaran PERKESO.
-
Bolehkah kontraktor utama membuat tawaran bagi kerja-kerja Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC)?
Kontraktor utama boleh membuat tawaran semasa proses tender/sebutharga bagi pelantikan Kerja Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC) jika kontraktor utama mempunyai kepakaran/kemahiran yang dibenarkan bagi melaksanakan kerja tersebut (Klausa 30 (d)).