Home
E-mail Print PDF

Landskap

Operasi Unit Landskap meliputi tugas :

a)  Merancang, mengurus dan memantau kerja-kerja naiktaraf landskap :

  • Mengurus dan menyediakan lukisan plan konsep, rekabentuk dan butiran untuk kerja-kerja pembangunan dan menaik taraf keindahan landskap dan kawasan pembangunan baru sekitar kampus mengikut kehendak pelanggan.
  • Mengurus dan menyediakan anggaran kos projek, dokumen tawaran, dokumen sebutharga/tender dan dokumen kontrak.
  • Merancang, melaksana serta mengurus projek-projek pembangunan keindahan landskap melalui panggilan sebutharga atau tender.
  • Memantau, mengawasi serta menyelia kerja-kerja perlaksanaan projek oleh kontraktor landskap supaya berjalan lancar serta mengikut spesifikasi yang ditentukan.
  • Memantau, mengawasi serta menyelia kerja-kerja perlaksanaan penyelenggaraan landskap yang telah siap dinaiktaraf oleh kontraktor landskap mengikut spesifikasi yang ditentukan.

b)  Menyelia penyelenggaraan kawasan dan landskap :

  • Membantu menyediakan dokumen sebutharga atau tender bagi kerja-kerja penyelenggaraan  kawasan dan landskap.
  • Memberi taklimat tentang skop kerja dan sempadan kawasan penyelenggaraan kepada kontraktor yang berjaya.
  • Memantau kerja-kerja penyelenggaraan.
  • Menyemak laporan kerja harian kontraktor.
  • Membuat pemeriksaan kawasan penyelenggaraan.
  • Membuat pengesahan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor.
  • Membuat Laporan Siap Kerja dan Penilaian Prestasi Kerja Sebenar kontraktor sebelum proses pembayaran.
  • Membuat perbincangan dengan  kontraktor tentang masalah dan aduan.
  • Menyelaras kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan kawasan yang mengadakan upacara atau majlis-majlis universiti.

c)  Kumpulan Tapak Semaian (Nursery) :

  • Penyedian Kotak Semaian iaitu semai pokok termasuk yang dibawa oleh Kumpulan Sulaman dan Kumpulan Kolam.
  • Penanaman pokok ke dalam polibag atau pasu.
  • Pembajaan.
  • Racun serangga/rumpai.
  • Gembur tanah.
  • Pemangkasan.
  • Susun atur mengikut jenis dan kesesuaian pokok.
  • Penyediaan medium tanaman bersama kumpulan lain.
  • Pembuangan pokok yang tidak boleh digunakan dan rosak.
  • Menjaga kebersihan kawasan tapak semaian.
  • Membuat pemeriksaan berkala bagi hiasan bunga tetap di semua kawasan.
  • Membuat rekod dan laporan dari masa ke semasa serta melapor kepada pegawai atasan.
  • Membantu kumpulan lain serta menerima arahan semasa.

d)  Kumpulan Sulaman Kawasan Luar :

  • Mengenalpasti kawasan yang perlu disulam.
  • Pengumpulan benih.
  • Menyemai atau menyerahkan kepada kumpulan Tapak Semaian.
  • Membuat kerja-kerja sulaman seluruh kampus.
  • Penyediaan medium tanaman bersama kumpulan lain.
  • Menjaga kawasan yang disulam selama satu (1) minggu sebelum diserah kepada Kontraktor Penyelenggaraan.
  • Membuat rekod dan laporan dari masa kesemasa.
  • Membantu kumpulan lain serta menerima arahan semasa.

e)  Kumpulan Hiasan Bunga Tetap & Hiasan Bunga Upacara :

  • Mengurus bunga hiasan tetap dan upacara.
  • Merekod pengambilan bunga hiasan dari Tapak Semaian.
  • Pemulangan semula pokok hiasan ke Rak Pemulihan.
  • Membuat rekod dan laporan dari masa kesemasa.
  • Penyediaan medium tanaman bersama kumpulan lain
  • Menjaga kebersihan tempat membancuh tanah dan keseluruhan bangsal.
  • Membantu kumpulan lain serta menerima arahan semasa.

f)  Kumpulan Cantasan :

  • Memantau keadaan pokok di seluruh kampus.
  • Membuat jadual kerja bagi kumpulan kerja.
  • Memberi arahan kepada kumpulan kerja.
  • Menyelaras peralatan dan pengangkutan ke tempat kerja.
  • Memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kumpulan kerja.
  • Penebangan pokok atau cantasan dahan.
  • Membersihkan kawasan kerja.
  • Membuang keratan ke tempat pembuangan sampah.
  • Memastikan keselamatan pekerja dan sekitaran kawasan kerja.

g)  Kumpulan Penyelenggaraan  Kolam dan Air Pancut

  • Memastikan semua kolam atau air pancut bersih dan berfungsi.
  • Memastikan pokok/bunga berpasu di sekeliling kolam atau air pancut subur dan menarik.
  • Membuat semaian dan penjagaan pokok-pokok akuatik di Tapak Semaian.
  • Melaporkan kerosakan mekanikal seperti pam air dan elektrik kepada
  • Bahagian Elektrik dan Bahagian Mekanikal.
  • Membuat rekod dan laporan dari masa kesemasa.
  • Penyediaan medium tanaman bersama kumpulan lain.
  • Menjaga kebersihan kawasan kerja dan stor kumpulan.
  • Membantu kumpulan lain serta menerima arahan semasa.

h)  Tugas Am

  • Menyelesaikan aduan atau permohonan yang melibatkan keselamatan awam berkaitan keadaan pokok.
  • Membantu kumpulan lain.
  • Menerima arahan semasa.


Last Updated ( Tuesday, 15 June 2010 08:53 )